home Volunteerism BERUSAHA BELAJAR MENJADI INSAN YANG BAIK WALAU MASIH SERING ALPA

BERUSAHA BELAJAR MENJADI INSAN YANG BAIK WALAU MASIH SERING ALPA

BERUSAHA BELAJAR MENJADI INSAN YANG BAIK WALAU MASIH SERING ALPA IN SYA ALLAH PASTI ALLAH MEMPERTEMUKAN MU ORANG BAIK-BAIK.

TAWAU 28 Januari 2018 | Sebenarnya aku segan nak tulis pasal tokoh yang kuanggap sebagai abang, sahabat, pencetus serta pembakar semangat dan kadang jadi kayu ukur perjuangan sukarelawan di bumi Sabah. Aku risau tulisanku disalah ertikan. Telah lama aku memendam ingin berkongsi.

Aku mendengar namanya pertama kali dari mulut seorang rakan ustaz yang sama-sama bergerak denganku dalam gerakan sukarelawan secara kecil-kecilan di bumi Sabah.

Ada ayat ustaz Faizal yang membuat aku betul-betul ingin mengenali tokoh ini. Har nak tau di bumi Kelantan ada satu orang anak muda “KAKI 1″ namun mampu membina taman perumahan untuk asnaf dan ribuan orang mengikuti jejak langkahnya jadi orang baik-baik.

Sejak itu aku senyap-senyap mengikutinya di facebook. Luar biasa hanya manusia yang berhati batu, berhati salji, berhati api, berhati air yang boleh menirunya. Sejak itu aku berazam ingin bertemunya.

Impianku itu telah kukongsikan dengan rakan-rakan sukarelawan lain. Hihi ada yang senyum sinis memandangku, ada yang hanya diam dan yang paling sandi ada yang terus menyemburkan peluru ” har siapa lah kita ni, manalah orang hebat sepertinya mahu datang duduk semeja dengan orang macam kita”.

Aku tidak peduli semua itu. Bagi aku satu saat orang ini mesti datang ke Tawau untuk satu misi yang sama apa yang beliau buat di semenanjung dan beberapa negara lain.

Aku cuba memberanikan diri untuk menghubunginya. Nak call malu dan segan sangat. Jadi aku pilih medium whatsapp. Alhamdulillah beliau membalasnya. Bagi aku tokoh yang terkenal seperti dia membalas mesej sangat buat aku gembira.

Jangan salah faham aku hanya menceritakannya tentang gerak kerja yang aku dan sahabat-sahabat ku di bumi Sabah laksanakan secara kecil-kecilan. Semenjak itu beliau banyak membantu dan memberi semangat gerak kerja di Sabah.

Aku tak pernah meminta itu ini. Anak Bugis paling malu untuk meminta, itu yang diajarkan oleh kedua orang tuaku. Perkara itu jugalah yang sering ku kongsikan dengan sahabat-sahabatku di dalam PERKALAS. Mintalah dengan Tuhan dan Mesti berusaha keras mulakan dari diri sendiri In sya Allah pertolongan Allah pasti datang.

Alhamdulillah setelah lebih satahun kami hanya berhubung melalui whatsapp dan facebook tarikh 5 Ogos 2017 adalah sejarah besar aku dan team sukarelawan lain untuk lebih bersungguh-sunguh dalam membantu fakir miskin di negeri ku.

Pada tarikh itu THE 3rd Force Sabah secara rasmi dilancarkan bersama PERKALAS dengan misi mengajak orang jadi baik-baik agar semakin ramai orang yang memerlukan dapat terbantu di bumi Sabah.

Pelbagai misi bantuan di bumi Sabah seperti membantu mangsa kebakaran, homeless, asnaf, membangunan surau, sekolah anak-anak tanpa negara, anak-anak tahfiz dan pondok tahfiz yang daif dapat terbantu.

Beliau tidak pernah berhenti membakar semangat anak-anak muda Sabah untuk terus berbakti pada negerinya. Beliau juga tidak lokek dengan nasihat dan ilmu sentiasa dikongsikannya. Ada kata-kata beliau yang tanpa sedar dalam gurauannya membuat aku dan sukarelawan lain seolah-olah tercabar. Aku sering mengungkapkan PERKALAS @ 3rd Force Sabah ini “Budak kaki 5″. Beliau dengan nada selamba berkata ” jika orang Kaki satu seperti abang boleh berusaha dan berjaya, kenapa budak yang punya 5 kaki tak boleh lebih hebat”. Adoi ada benarnya hihi.

Terima kasih Yang Mulia Dr Raja Shamri Bin Raja Husin kerana sudi menjadi sebahagian keluarga kami di Sabah. Jasamu pada fakir miskin di Sabah hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Terima kasih juga kerana membuat impian “BUDAK KAKI 5” menjadi kenyataan.

Doa adik-adikmu di bumi sabah sentiasa mengiringimu. begitu juga saudara-saudara asnaf kita di sini sentiasa mendoakanmu untuk terus menjadi inspirasi semua org yg ingin jadi org baik-baik.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *