home Latest News MELAWAT ADIK SITI ZAHARAH DI PULAU PANGKOR

MELAWAT ADIK SITI ZAHARAH DI PULAU PANGKOR

[TF PERAK] MELAWAT ADIK SITI ZAHARAH DI PULAU PANGKOR

Pada 1 Oktober tahun lepas rumah Encik Argussri bin Kassim di Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor dihempap oleh pokok durian. Anak beliau yang bongsu Siti Zaharah (11 tahun) cedera parah. Selepas 2 bulan di hospital Zaharah dibenarkan balik ke Pulau Pangkor. Pada hari Sabtu ini, 4 sukarelawan dari Manjung membuat lawatan ke rumah sementara keluarga Argussri.
Buat sementara keluarga ini ditempatkan di kuarters JKR dekat jeti Pangkor. Perumahan tetap mereka tidak menentu sebab tuan tanah yang mereka mendirikan rumah yang binasa itu tak berapa setuju untuk pihak kerajaan membina rumah di tanahnya.

Kebanyakan harta benda mereka rosak atau hilang semasa kejadian. Puan Misah terpaksa pinjam seterika dari jiean untuk untuk iron vaju sekolah anak-anaknya. Setiap hari ibu Zaharah terpaksa ke rumah atuknya untuk memasak sebab dapur gas dan baranfa memasak sudah rosak. Sebahagian baju yang dapat diselamatkan ada yang rosak dan ada yang dalam keadaan buruk. Ustz Shahril Saari, sukarelawan kami di Pangkor, maklum yang dulu keadaan ekonomi En. Agusrri okay sebab dapat kerja kontrak tetapi buat masa sekarang dia hanya pekerja sahaja dengan upah lebih kurang RM50 kalau ada kerja pada hari itu. Pendapatan bergantung kepada ada atau tak ada kerja setiap hari.

keadaan rumah adik ini yang Kebanyakan harta benda mereka rosak atau hilang semasa kejadian

Masa Siti Zaharah berada di hospital, ada banyak hari ayah dia tak kerja; terpaksa berulang dari Pangkor ke hospital di Alor Setar. Nasib baik mereka dapat sumbangan dari kawan-kawan dan juga NGO. Kalau tak silap, Mentri Besar Perak, Dato Dr Zambry pun ada bagi sumbangan. Adik yang comel ini belum pulih sepenuhnya. Zaharah masih berasa letih dan lemah. Masa kami melawat ibunya menunjuk parut-parut yang ada pada perut dan peha anaknya. Belakang badan pun ada parut. Mereka menunggu panggilan dari pihak hospital di Alor Setar untuk tarikh pembedahan plastik (skin grafting) Zaharah.

Dia kena pakai waist band. Semasa batuk ada kahak dan berasa sakit. Siti Zaharah bersekolah di SK (C) Hua Lian di Pulau Pangkor. Pada hari yg dia rasa sihat, ibunya akan hantar Zaharah sekolah. Ada banyak hari ketinggalan sekolah. Zaharah di Tahun 6 dan mesti menduduki UPSR.

TINDAKAN YANG THIRDFORCE PERAK TELAH INITIATE

1. Kami ambil inisiatif mengadakan kutipan baju baharu atau pre-loved yang bersih dan masih elok untuk keluarga ini : En Argussri, Pn Misah dan 3 orang anak perempuan (19, 15 dan 12 tahun).

2. Sukarelawan Thirdforce Perak akan menyumbang seterika, dapur gas, kuali pinggan-mangkuk dan barangan dapur yang lain untuk mereka.

Berikutlah laporan TF Perak tentang kejadian itu dulu:

Tanggal 1 Oktober 2017, keluarga En. Argussri Bin Kassim dan Pn. Misah Bt Yahya yang menetap di Kampung Teluk Kecil Pulau Pangkor Perak telah diberi ujian oleh Allah swt dengan kejadian yang sangat menyayat hati apabila sebatang pokok durian telah tumbang dan menghempap rumah mereka. Ekoran kejadian tersebut anak- anak kepada pasangan tersebut telah mengalami kecederaan .
Salah seorang anak kepada pasangan Argussri dan Puan Misah Bt. Yahya iaitu Siti Zaharah yang berumur 11 tahun telah mengalami kecederaan yang agak serius. Adik Siti Zaharah telah mengalami kecerderaan patah tulang rusuk dan kecerderaan pada bahagian hati yang agak serius. Pada mulanya adik Siti Zaharah telah dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Manjung, kemudian dipindahkan ke Hospital Ipoh.

Dan yang terkini adik Siti Zaharah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star Kedah untuk mendapatkan rawatan Dr Pakar Hati di sana.

Jom sama-sama kita menghulurkan sumbangan membantu keluarga miskin yang dilanda Mushibah ini . Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat membantu meringankan dan mengurangkan keperitan yang dialami oleh keluarga En. Argussri.

Sekiranya ingin menyumbang boleh hubungi 📞
1.Ustaz Syed Shahrim di talian 0195121274
2. Ustaz Shahril Saari di talian 0122365297

Dilaporkan oleh
Pn Rosni Ismail
Thirdforce Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *