home Education INISIATIF UNTUK MEMBANTU AISA

INISIATIF UNTUK MEMBANTU AISA

INISIATIF UNTUK MEMBANTU AISA

Pada petang hari Selasa, dua sukarelawan Thirdforce Perak telah ke Kompleks Manabi’ul Ulum (KPMB) untuk berjumpa dengan Mohamad Aisa bin Azman, 10 tahun.Aisa @ Isa dan kakakya Aishah merupakan anak yatim keluarga asnaf di bawah jagaan Ustaz Syed Sharim dan pengurusan Pondok Batu 10.

Ayah Isa meninggal dunia 2 tahun yang lepas. Sebelum mereka ditempatkan di Pondok budak-budak ini tinggal dengan nenek, ibu dan dua adik lelaki.

Tujuan kami berjumpa dengan Isa adalah untuk mendapat idea masalah pembelajaran Isa. Ibu mereka maklum kedua-dua anaknya adalah ‘slow learners’. Menurut ketua pelajar di KPMU, Aisa ada masalah membaca dan ambil masa lama untuk memahami sesuatu. Selepas pertemuan dengan budak ini, kami berpendapat dia mungkin kurang upaya untuk belajar.

Untuk membantu dia memperolehi kad OKU, Isa kena dinilai oleh pakar. Kalau tak silap ada sekolah pendidikan khas untuk budak-budak seperti Isa dan kakaknya. Pemegang kad OKU boleh dapat bantuan kewangan bulanan dari Jabatan Kebajikan.

Semasa budak ini mula dimasukkan ke Pondok, kami dimaklum yang pakaian yang di bawa oleh dia adalah lama dan buruk.
Sukarelawan Thirdforce Perak dah mula usaha untuk mendapatkan sumbangan baju baharu atau Pre-loved untuk mereka.

Jommm sama-sama bantu.

Teacher Cheah Li Na
Thirdforce Perak
30 Januari 2018 l 6.30 petang
Batu 10, Lekir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *