home Latest News SEDEKAH SI MISKIN ; SATU PERKONGSIAN PERIBADI

SEDEKAH SI MISKIN ; SATU PERKONGSIAN PERIBADI

SEDEKAH SI MISKIN ; SATU PERKONGSIAN PERIBADI

Beras ini hasilnya adalah dari Padi Bukit yang ditanam dilereng-lereng bukit diperkampungan orang-orang Asli..Ceritanya Beras ini sungguh menyayat hati bagi saya seorang sukarelawan cerita diantara tersepit dan terkepit.

kerana sebuah Ukhuwah fillah yang terjalin begitu erat,pakcik tersebut menceritakan kepada saya keadaannya yang tiada beras untuk memasak memandangkan sekarang musim hujan,anak-anak dan menantunya pula ramai sekitar 10 orang yang masih tinggal bersamanya,terpaksa ikat perut sementara menanti cuaca hujan reda untuk masuk hutan mencari apa saja sumber makanan asalkan dapat alas perut mereka sekeluarga..

sewaktu saya mahu pulang selepas program ini tamat dia dan isteri menahan kenderaan saya tanpa berkata apa-apa terus menghulurkan beras ini untuk disedekahkan kepada saya untuk dibawa balik walaupun keadaan mereka kadang-kadang terpaksa ikat perut. saya menolak dengan baik tak apalah pakcik,isterinya pulak mendesak supaya saya ambil beras tersebut. kami berlapar tidak apa asalkan cik ambik beras kami ini dengan kelihatan air mata mula membasahi pipinya ,beras ini saja tanda terima kasih kami kepada cik dan kawan-kawan yang lain katanya.

hati terlalu sebak dan sedih mengingatkan peristiwa ini,peristiwa yang cukup menjadi pengajaran kepada diriku insan yang kerdil kerana terjalinnya ukhuwah yang erat..😢😢yang pasti inshaAllah Kg Kakoh,Pos Lenjang ambo akan datang lagi kerana sebuah ukhuwah yang berkekalan.

mereka masih lagi bersedekah sebagai tanda terima kasih dan untuk ukhuwah ni walaupun kadang-kadang mereka sendiri terpaksa ikat perut anak beranak.

Zulkifli
Thirdforce Lipis
Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *