home Construction UPDATE MEMBAIK PULIH SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK RUMAH KAK JULAILIE DI PASIR MAS

UPDATE MEMBAIK PULIH SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK RUMAH KAK JULAILIE DI PASIR MAS

UPDATE MEMBAIK PULIH SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK RUMAH KAK JULAILIE DI PASIR MAS

2 Fab 2018- Hari ini kerja-kerja pendawaian dirumah kak Julailie disambung semula. Alhamdulillah, cuaca dalam keadaan baik. Sukarelawan kita berulang alik lebih kurang 1 jam perjalanan dari Pasir Puteh ke Pasir Mas untuk melaksanakan amanah para penyumbang sejauh lebih kurang 80km sehari.

Untuk kes kita kali ini agak rumit sikit kerana pendawaian elektrik dirumah kak Julailie sebelum ini tidak di pasang dengan sempurna. Sebab itulah rumah tersebut selalu mengalami masalah litar pintas. Antara sebabnya kerana sistem pembumian yang tidak baik.

Kita melakukan sistem pendawaian baru untuk keseluruhan rumah kerana sistem pendawaian lama sangat tak selamat. Kita juga berharap dengan selesainya kerja-kerja pemasangan pendawaian baru ini dapat mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah berkaitan litar pintas dsbg.

Insha’Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk keluarga ini terutamanya untuk anak-anaknya yang masih kecil …

Laporan
Hassan mohamed
Sukarelawan Thirdforce
Wiring and Electrical Department
The 3rd Force
1/2/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *