home Education BANTUAN BERKALA ASNAF DAN ANAK PRIHATIN THIRDFORCE

BANTUAN BERKALA ASNAF DAN ANAK PRIHATIN THIRDFORCE

BANTUAN BERKALA ASNAF DAN ANAK PRIHATIN THIRDFORCE

Alhamdulillah pagi ni selesai program agihan beras fidyah dan sedekah serta bantuan berkala untuk asnaf dan anak-anak prihatin Thirdforce dari Tumpat, pulau-pulau perairan Tumpat, Rantau Panjang dan juga sekitar Wakaf Bharu serta Pasir Pekan bertempat di Villa Raudhah Pasir Pekan.

Anak Prihatin adalah anak-anak dari kategori dhaif, anak yatim dan yatim piatu, anak tak sah taraf, anak yang ditinggalkan bersama datuk atau pakcik yang juga dhaif, anak yang ibubapa hilang entah kemana dan sebagainya. Thirdforce membantu seramai hampir 200 orang anak-anak ini sejak sekian lama termasuk ibubapa dan penjaga mereka yang juga sangat perlukan bantuan.

Thirdforce membantu seramai hampir 200 orang anak-anak ini sejak sekian lama termasuk ibubapa dan penjaga mereka yang juga sangat perlukan bantuan.

Sumbangan berterusan kalian sedikit sebanyak kami kumpul untuk diserahkan kepada golongan sasar ini tanpa ada apa-apa protokol dan birokrasi dan apa-apa milage peribadi semata-mata menyempurnakan amanah tuan-tuan dan bersama memgumpul saham akhirat masing-masing.

Sehingga kini Thirdforce melalui ketua unit kebajikan dan anak prihatin Kak Yong menyelia bantuan kepada golongan ini meliputi bantuan barangan dapur, perubatan, pakaian dan kelengkapan sekolah, yuran sekolah, tambang bot, beras dan baju raya.

Kalianlah keluarga besar Thirdforce yang jadikan usaha ini satu kenyataan …

Semoga Allah satukan hati-hati kita selama-lamanya dalam usaha kemanusiaan ini … Jommm bersama kita berusaha jadi orang baik-baik dengan menyumbang apa sahaja yang termampu walau hanya sebuah doa.

Jommm jadi orang baik-baik.

#rajashamri2022
#thirdforce
#jomjadiorangbaikbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.