home Latest News UPDATE BANTUAN PROJEK MASIH ADA YANG SAYANG; SINAR BARU BAKAL MENJELMA

UPDATE BANTUAN PROJEK MASIH ADA YANG SAYANG; SINAR BARU BAKAL MENJELMA

UPDATE BANTUAN PROJEK MASIH ADA YANG SAYANG; SINAR BARU BAKAL MENJELMA

05.02.2018 (Kampung Changgal, Pasir Puteh) – Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendak dan izinNya, hasil kunjungan kami ke rumah ibu mertua Abang Asri petang ni kita mendapat kata sepakat dan persetujuan dari beliau iaitu Nenek Aminah binta Mamat yang di kenali sebagai Mok Mudo iaitu ibu kepada Kak Alina (Isteri Abang Asri) untuk memberi kebenaran membina rumah di tapak tanah kosong tanah pusaka yang terletak di belakang rumah beliau. Kebenaran untuk membuat rumah itu turut di persetujui adik beradik Kak Alinah yang lain.

Alhamdulillah …

Mok Mudo ini tergolong di kalangan orang yang susah juga. Rumah yang dia tinggal sekarang ini masih dalam kerja pembaikian bantuan dari pihak MAIK Kelantan setelah rumah lama beliau hampir menyembah bumi dek kedhaifan. Beliau tinggal bersama beberapa orang lagi anaknya didalam rumah yang belum siap ini.

Kunjungan kami hari ini turut di hadiri bersama-sama dengan wakil pemimpin setempat termasuk Tok penghulu dan tok pegawa. Masing-masing dengan matlamat yang sama untuk membantu keluarga Mok Mudo dengan meletakkan sentimen politik ketep dengan hanya mahu mengumpul saham akhirat masing-masing.

Kita membawa sedikit bantuan keperluan baby dari NGO Babybox Malaysiayang sekian lama bersama thirdforce membekalkan barangan keperluan baby untuk asnaf yang baru bersalin dan toto (Comorter) untuk salah seorang anak Mok Mudo yang baru sahaja melahirkan anak. Ibu muda (Adik Kak Alina) ini yang berpisah dengan suami sewaktu mengandung hidup terkontang kanting juga dalam rumah ni bersama seorang lagi anak OKU. Entah bagaimana mereka ini mempunyai ketabahan yang sangat luar biasa mengharungi hari-hari mereka.

Abang Raja dan semua sukarelawan thirdforce di seluruh negara sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama kita tidak kira dari golongan mana, bangsa apa, ahli politik atau tidak, berpangkat atau tidak dalam misi untuk menyantuni saudara saudari kita yang hidup susah serta memerlukan bantuan kita di luar sana.

Dengan membawa satu misi untuk mengajak masyarakat malaysia supaya menjadi orang yang baik-baik dengan usaha membudayakan semula sikap tolong menolong antara satu sama yang lain di kalangan masyarakat kita agar ianya berkembang ke seluruh Malaysia.

Doakkan kami agar program ”MASIH ADA YANG SAYANG ” untuk Abe Asri sekeluarga ini di permudahkan segala urusannya.

Untuk detail bagaimamana kita boleh terus bersama membantu dalam program ini sila pm ke inbox Page Abang Raja. Saham akhirat sentiasa terbuka untuk kita semua. Mudah-mudahan usaha kita untuk membina rumah bagi Abang Asri, Kak Aminah dan anak-anak menjadi kenyataan.

Doakan yaaa..

Teruskan bersama-sama menyokong segala usaha Abang Raja selaku pengasas Thirdforce dan mendoakan seluruh sukarelawan kita di negara ini yang bermula dari Perlis hinggalah ke negeri Sabah agar sentiasa istiqomah di dalam menyebarkan gelombang mengajak masyarakat untuk jadi orang yang baik-baik dan dilindungi dari segala hasad dengki khianat dan gangguan mereka yang zalim.

JOM JADI ORANG YANG BAIK-BAIK!!!

#WeAreThirdforce
#TogetherWeAreStronger
#rajashamri2022
#babybox

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *