home Medical BERATUS KILOMETER DI PEDALAMAN ADA JIWA YANG PERLU DI SELAMATKAN

BERATUS KILOMETER DI PEDALAMAN ADA JIWA YANG PERLU DI SELAMATKAN

[TF GUA MUSANG: BERATUS KILOMETER DI PEDALAMAN ADA JIWA YANG PERLU DI SELAMATKAN]

Shazmeer Akif bin Mohamad, Antara pelajar top 10 di kelas beliau berumur 9 tahun.

Di saat rakan sebaya bergembira bermain di padang sekolah, adik ini hanya mampu melihat dari kejauhan. Keterbatasan diri yang tidak memungkinkan beliau aktif menyentuh jiwa adik ini.

Dugaan bermula 2 tahun lalu. Bila di sahkan doktor adik shazmeer akif menghidap penyakit jantung berlubang. Beliau yang dulu aktif kini tidak seceria dulu.

Menjalani rutin pemeriksaan di Hospital Kuala Krai yang sejauh 125km dari rumahnya menambah beban kewangan keluarga. Hospital terdekat pula iaitu di Hospital Gua Musang juga menjangkau jarak yang hampir sama iaitu 75 KM. Tinggal di pedalaman Felda Aring 06 memberi cabaran buat ayah dan bonda adik Shazmeer.

Ayahnya Mohamed Bin Senik 53 tahun bekerja sebagai Mandur di Aring 06 dengan gaji RM44.00 sehari.

Memiliki 4 cahaya mata yang berumur 15, 11, 9 dan 5 tahun. Isterinya Maiza Binti Ashari pula merupakan suri rumah sepenuh masa.

Jumaat ini pada tarikh 9/2/2018 adik Shazmeer akan mendapatkan rawatan di IJN atas nasihat pakar kerana beliau semakin lemah. Tambah menyedihkan bukan 1 penyakit yang dihidapi. Beliau juga menghidapi penyakit saluran buah pinggang tersumbat.

Kos sara hidup meningkat, dengan pendapatan yang tidak seberapa, bapa adik Shazmeer buntu memikirkan masalah kewangan keluarga.

Di IJN nanti pendaftaran bagi pemeriksaan sebanyak RM500 masih tidak dapat disediakan oleh bapanya. Apa lagi di tambah dengan belanja perjalanan ke Kuala Lumpur.

Semoga insan berhati mulia sudi membantu meringankan beban keluarga ini. PM ke inbox fb page ini untuk detail bagaimana boleh sama2 membantu atau whatsapp no hp sukarelawan yg lead kes ni seperti di bawah. Kita tak boleh PM ke fb tuan2 sebab fb page tak boleh PM ke fb personal. Kalian kena PM kita dulu …

Thirdforce Gua Musang
Mastura Hatta
0139743669

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *