home Third Force PROGRAM DAPUR SYURGA

PROGRAM DAPUR SYURGA

[TF SABAH] PROGRAM DAPUR SYURGA

TAWAU 10 Februari 2018 | Malam ini bermula jam 10.00 malam sehingga 12.30 pagi, sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah bersama-sama team The Lions Club dan AKRAB Family telah menyelusuri celah-celah bangunan di Tawau untuk menyantuni sahabat homeless.

Hati begitu teruja melihat kesungguhan rakan-rakan sukarelawan bersama-bersama menjayakan program ini. Datang daripada pelbagai latar belakang berbeza namun atas dasar menyebarkan gelombang “jom jadi orang baik-baik” menyatu bersama untuk saling peduli dan berkongsi rezeki.

Ada yang datang dengan membawa mineral water, ada yang membawa wang ringgit untuk dihadiahkan kepada homeless, ada yang datang dengan roti, ada yang berkongsi buah-buahan, ada yang berkongsi biskut, ada yang sengaja bersama anak-anak mereka untuk mengajari anak-anak ini berbagi kebahagiaan kepada homeless. Pendek kata semua ingin turut serta samada berkongsi wang ringgit atau tenaga bagi memastikan program ini berjalan.

Sempat bertukar-tukar idea dengan sahabat-sahabat dari Lions Club tentang permasalahan homeless di Tawau. Bagi membantu homeless ini secara lebih tersusun dan memberi impak maksima, Perlunya ada satu rumah atau semacam hostel dibina untuk mereka. Di situ keterlibatan semua elemen diperlukan bagi menjayakannya.

Kami daripada PERKALAS@3rd Force Sabah mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua sukarelawan daripada LIONS CLUB dan sahabat-sahabat AKRAB Family. Penghargaan ini juga khas kami tujukan kepada Dato Dato yang sudi bersama pada malam ini turun padang.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *