home Construction PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA

PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA

PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA

KUNAK 11 Februari 2018 | Sukarelawan PERKALAS @ 3rd Force Sabah telah berkesempatan melawat dan menyantuni adik-adil di “KELAS BIMBINGAN INSAN”. Ada 76 orang kanak-kanak miskin menutut ilmu di sekolah ini ditemani 6 orang guru yang sangat tabah.

Untuk ke sekolah alternatif ini sangat mencabar. Jembatan yang perlu sukarelawan lalui sangat menguji kesabaran. Cuba bayangkan inilah jembatan yang terpaksa anak-anak ini lalui setiap hari.

Apabila tiba di kelas Bimbingan Insan ini hati begitu tersentuh melihat bumbung zink yang ditembusi cahaya dari lubang-lubang zink usang itu. Dindingnya juga diperbuat daripada zink yang buruk dan uzur.

6 orang guru yang mencurahkan bakti mereka mendidik anak-anak syurga disini merupakan insan-insan istimewa. Ada 3 orang guru mendapat elaun rm 400 sebulan dan 3 orang lagi tidak mendapat apa-apa elaun. Mereka mengajar secara sukarela agar 76 orang anak-anak ini boleh mengenal Al Quran dan mengenal huruf serta mengira.

Alhamdulillah koordinator kita di Kunak (Tuan Saiful) telah mendapatkan sebuah bot untuk kegunaan adik-adik dan guru di sekolah ini. In sya Allah selepas di cat akan kita serahkan.

Besar harapan kami kepada sahabat-sahabat di luar sana dapat bersama membantu agar anak-anak syurga ini lebih selesa. Antara keperluan yang boleh kita sumbangkan untuk membantu mereka ialah :

1. Zink baru untuk (Bumbung)
2. Kayu (Memperbaiki Jembatan)
3. Papan putih (Guru mengajar)
4. Alat tulis

Semoga Allah murahkan rezeki sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong gerakan kemanusiaan team PERKALAS@3rd Force Sabah.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *