home Latest News, Newsletters UPDATE BANTUAN KAK ALINAH DAN ABANG ASRI : MASIH ADA YANG SAYANG

UPDATE BANTUAN KAK ALINAH DAN ABANG ASRI : MASIH ADA YANG SAYANG

UPDATE BANTUAN KAK ALINAH DAN ABANG ASRI : MASIH ADA YANG SAYANG

15 febuari (Pasir Puteh) | Hari ini, sukarelawan Thirdforce sekali lagi menziarahi keluarga Abang Asri yang tinggal sementara di sebuah pondok dalam sebuah kebun kelapa sawit ehsan tuan punya ladang setelah tidak mampu membayar sewa rumah. Di kebun kelapa sawit itulah Abang Asri bekerja membersihkan ladang kelapa sawit tersebut untuk sesuap nasi beliau dan keluarga.

Hari ni, kami turut membawa barang sumbangan daripada seorang hamba Allah berupa pakaian, makanan dan barang permainan kepada anak-anak abang Asri. Walaupun sumbangan itu tidaklah seberapa, namun jelas terpancar keriangan di wajah anak-anak asnaf ini dan rasa syukur mereka kepada penyumbang. Rasa sebak menyelubungi hati kami melihat anak-anak yang tak tahu apa-apa ini menyelongkar kotak yang dibawa yang berisi sedikit makanan, gula-gula, mainan anak-anak dan juga pakaian. Ada selipar baru untuk anak prempuan abang Asri.

anak-anak Asri ceria bermain bersama dengan sukarelawan THIRDFORCE

Abangraja berpesan agar kami tidak cepat sangat beredar dan meluangkan masa bersama mereka agar tidak timbul perasaan rendah diri dalam hati mereka. Untuk itu, kami sempat bermain-main bersama anak-anak abang Asri menyelami kehidupan mereka tanpa eletrik dan air bersih nun jauh dari orang ramai. Bila ditanya mereka kesekolah tak? Mereka kata kadang-kadang pergi masa ada duit,  Bila tak ada duit mereka tak pergi sekolah.

Sebelum ini, Thirdforce bersetuju membantu keluarga ini mengikut kemampuan kita bagi meringankan beban keluarga ini. Jadi, setakat ini kita telah memutuskan untuk melancarkan bantuan binaan rumah untuk keluarga ini. Lokasinya adalah bersebelahan rumah ibu Kak Alina yang mana rupa-rupanya siibu juga hidup sangat dhaif dan merupakan penerima bantuan rumah MAIK yang juga masih dalam pembinaan.

Kita juga telah bekerjasama dengan JKM Pasir Puteh yang mana JKM Pasir Puteh juga sebahagian dari keluarga besar thirdforce dan bantuan JKM juga telah diluluskan dengan segera untuk anak-anak ini. Kami telah mengunjungi ibu Kak Alina untuk pengesahan kebenaran menduduki disaksikan Penghulu dan Penggawa dan melihat sendiri kedhaifan keluarga ini yang perlu kita satu Malaysia bantu. Dokumen ini sangat penting untuk masa akan datang untuk mengelakkan sebarang perkara berbangkit. Di sini dalam ladang sawit ini, tujuan kehadiran kita hari ini adalah untuk menyelesaikan dokumen-dokumen penting untuk tujuan pembinaan rumahnya .

InshaAllah, jika tiada aral melintang projek pembinaan rumah ini akan dimulakan dalam masa yang terdekat. Jom kita pakat rebut saham akhirat masing-masing disini. Untuk sama-sama membantu atau sebarang pertanyaan boleh terus inbox pada abangraja. Terima kasih kepada semua penyumbang dan teruskan menyokong kerja-kerja kemanusiaan ini.

Jangan tanya lokasi di mana sebab ada orang marah. Kak Alina dan Abang ASri bagi tahu ada orang politik datang marah-marah katanya memalukan mereka … Maha suci Allah … Kita tak pernah memalukan sesiapa. Bukankah kita buka ruang seluasnya untuk sama-sama membantu.

Sudahlah … Jommmm jadi orang baik-baik.
Politik letak tepi. Ada iman, akidah dan Islam anak-anak yang tak tahu apa-apa yang perlu kita sama-sama kita bina .

#wearethethirdforce
#togetherwearestronger
#jomjadiorangbaikbaik

Ramadan
Sukarelawan Thirdforce
15/2/2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *