home Construction PROJEK WIRING SURAU AL- TARMIZI WAKAF BUNUT

PROJEK WIRING SURAU AL- TARMIZI WAKAF BUNUT

PROJEK WIRING SURAU AL- TARMIZI WAKAF BUNUT

15 Februari, Pasir Puteh – Di saat kita sedang beristirehat bersama keluarga, mungkin ramai yang tidak tahu atau sedar bahawa sukarelawan thirdforce kita ada yang bekerja hampir 24 jam sehari.

Demi menunaikan amanah penyumbang di luar sana, hari ni sukarelawan kita yang di ketuai oleh Hassan berusaha sebaik mungkin agar kerja-kerja wiring dapat disiapkan secepat mungkin di surau maahad tahfiz al tarmixi ini. Demi untuk kesenangan anak-anak murid di tahfiz tersebut agar boleh menggunakan surau tersebut secepat mungkin.

Kita juga di datangi dua org pemuda yang datang membantu Hassan menyiapkan kerja wiring tersebut. Amirul dan zulkanain yang mana merupakan rakan kepada Hassan yang sanggup membuat kerja wiring tersebut tanpa mengenakan sebarang upah. Dengan kenderaan sendiri dan makan minum sendiri, kita bersyukur kerana Allah datangkan insan hebat seperti Amirul dan Zulkarnain ini.

Mereka anak muda malaysia lepasan ILP bidang pendawaian letrik yg telah bertekad utk bertalaqi bersama abangraja dan menyumbang menginfaq masa dan tenaga serta kepakaran dan ilmu masing2 kepada kerja2 kemanusiaan thirdforce.

Begitulah hebatnya gelombang kasih sayang yg wujud sesama kita, betapa semua orang mahu jadi orang baik-baik dengan cara mereka yang tersendiri. Bayangkanlah pahala yang sentiasa mengalir kepada kita semua yg menyumbang sikit sebanyak selagi mana surau ini dimanfaatkan …

Bagi Hasan dan kawan2nya ereka telah hampir seminggu bekerja siang dan malam, hampir 70% daripada kerja wiring ini dah siap.

Kita telah buktikan, tak perlu kaya atau ada duit baru boleh bantu orang lain.

Kita semua boleh contohi Hassan, Amirul dan Zulkarnain yang menyumbang tenaga dan kepakaran mereka. Mereka juga tiada wang seperti kita, tapi masih mampu mmbantu orang.

Ayuh semua, kita cari redha dan ehsan Allah. Sepertimana abangraja selalu pesan, kita bantu orang lain dengan cara kita masing-masing, setara dengan kemampuan kita. Semoga Allah menerima segala usaha kecil kita ini, kita sebarkan sejauh mungkin gelombang kasih sayang ini.

Insya Allah..

#rajashamri2022
#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherweareatronger

Laporan oleh
Safuan
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *