home Latest News BANTUAN BARANGAN DAPUR BULANAN UNTUK ASNAF

BANTUAN BARANGAN DAPUR BULANAN UNTUK ASNAF

BANTUAN BARANGAN DAPUR BULANAN UNTUK ASNAF

TAWAU 18 Februari 2018 | Petang tadi sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah telah menziarahi 5 keluarga asnaf di bawah seliaan sukarelawan. Ada dua orang nenek yang tinggal berseorangan di pondok buruk mereka, ada satu keluarga mualaf ibu tunggal dan dua keluarga fakir miskin.

Aku tertarik nak kongsikan ketabahan seorang Nenek ni untuk berusaha mencari rezeki. Walau usianya sudah terlalu tua namun keazaman untuk menjual kerepek ikan dan kacang goreng membuat aku dan sukarelawan sangat kagum. Dari proses menggoreng sehingga menjual secara berkeliling di bandar Tawau dilakukannya sendiri dan penuh ketabahan.

Tadi berkesempatan menziarahi nenek ini untuk berkongsi rezeki yang ada. Nenek tengah menggoreng kacang untuk dijual pada esok hari. Namun dalam suasana yang gelap kerana kerosakan sambungan elektrik di rumahnya. Team sukarelawan HQ yang beberapa orang mempunyai kemahiran dalam pendawain elektrik telah bergegas ke pasaraya berhampiran membeli barangan yang diperlukan untuk memastikan suasana terang dengan sinar lampu kembali menerangi rumah nenek ini.

Alhamdulillah Allah kurniakan pelbagai kemahiran kepada team sukarelawan untuk membuat kerja-kerja kebajikan. Dalam kalangan sukarelawan ada yang terlibat dalam perniagaan katering, ada yang mahir dalam kerja pertukangan pelbagai jenis cermin, seni kreatif dari bahan besi dan pendawaian elektrik. Kemahiran ini seringkali sangat diperlukan untuk membantu asnaf.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *