home Construction PROJEK MEMBAIK PULIH KELAS BIMBINGAN INSANI AKAN SEGERA DILAKSANAKAN

PROJEK MEMBAIK PULIH KELAS BIMBINGAN INSANI AKAN SEGERA DILAKSANAKAN

PROJEK MEMBAIK PULIH KELAS BIMBINGAN INSANI AKAN SEGERA DILAKSANAKAN

KUNAK 18 Februari 2018 | Alhamdulillah seminggu yang lalu PERKALAS@3rd Force Sabah ada berkongsi kisah 76 orang kanak-kanak dan 6 guru sukarelawan yang begitu bersungguh-sungguh menuntut ilmu walaupun dalam kekurangan.

Keadaan kelas bimbingan dengan bumbung yang bocor di sana sani, dinding uzur, jembatan yang sangat berbahaya dan kelengkapan guru mengajar juga kekurangan. Kisah ini telah menarik perhatian dan rasa peduli masyarakat tentang perlunya membantu memberikan keselesaan.

Alhamdulillah zink, kayu dan wang ringgit telah masyarakat kongsikan kepada team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah. In sya Allah saat ini team sukarelawan telah memulakan beberapa kerja pengurusan dan akan melaksanakan kerja baik pulih ini secepatnya. Doakan sentiasa sukarelawan sehat, sentiasa diberi kelapangan masa dan sentiasa bersemangat memikul amanah yang tuan puan berikan.

Terima kasih kepada sukarelawan dan koordinator PERKALAS@3rd Force Sabah di Kunak iaitu adik kami Saiful yang begitu komitmen, Terima kasih kepada abang kami YM Dr Raja Shamri Bin Raja Husin banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar, para sahabat-sahabat dan masyarakat yang dermawan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *