home Construction PROGRAM BANTUAN RUMAH ABANG ASRI & KAK ALINA

PROGRAM BANTUAN RUMAH ABANG ASRI & KAK ALINA

PROGRAM BANTUAN RUMAH ABANG ASRI & KAK ALINA ASNAF DALAM PONDOK BURUK TANPA DINDING, LETRIK DAN AIR BERSIH DALAM LADANG SAWIT : MASIH ADA YANG SAYANG

Hari ini kita bawa tukang untuk melihat tapak rumah abg Asri & Kak Alina yang akan dibina sedikit masa lagi insyaAllah. semuanya hasil dari sumbangan kalian semua keluarga besar thirdforce yang menyumbang sedikit saorang. Biarpun jumlahnya belum cukup tapi insyaAllah kita teruskan dan yakin Allah akan bantu kita siapkan rumah ini seiring dengan masa yang berlalu.

Tukang kita Abang Lan bersetuju membina rumah tersebut dengan upah yang sangat murah RM18 / Kaki persegi. Semuanya kerana abang Lan faham niat dan aspirasi kita semua, kerana faham tentang bekalan akhirat dan faham tentang perjuangan kita mengajak semua orang jom jadi orang baik-baik.

Bayangkan, mana lagi sekarang ni nak cari tukang dengan upah pada harga tersebut. “Kito pon nak buat pahala jugak”… kata Abg Lan. Kita rasa bersyukur kerana dikelilingi dengan orang baik-baik yang sama-sama ada fikir nak cari saham akhirat. nak bantu asnaf yang memerlukan.

Jom kita pakat cari saham akhirat masing-masing disini. Mesej ke inbox facebook ini untuk detail bagaimana boleh kita sama2 membantu …

Laporan oleh,
Ali Mohamed
Sukarelawan Thirdforce.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *