home Construction UPDATE BANTUAN BAIKI RUMAH IBU TUNGGAL ANAK 7 DALAM RUMAH KOTAK MANGSA BANJIR 2014

UPDATE BANTUAN BAIKI RUMAH IBU TUNGGAL ANAK 7 DALAM RUMAH KOTAK MANGSA BANJIR 2014

UPDATE BANTUAN BAIKI RUMAH IBU TUNGGAL ANAK 7 DALAM RUMAH KOTAK MANGSA BANJIR 2014

21 Februari 18 | Kuala Krai – proses bantuan baik pulih rumah kak Rahimah telah masuk minggu ke-7, alhamdulillah setakat ini telah siap ikat bata bahagian dapur, tandas dan pelantaian dua buah bilik.

Hari ini para tukang tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Sementara Kak Rahimah tiada dirumah kerana urusan di luar.

Tempoh hari, sukarelawan thirdforce ada post mengenai anak ke dua Kak Rahimah, Norhidayu, 18 tahun yang menuntut di UiTM Terengganu. Beliau bekerja keras sepanjang cuti semester ini untuk Mengumpul duit bagi membeli Komputer riba.

Alhamdulillah, semangat gigih gigih anak ini yang berusaha tanpa meminta minta telah membuka pintu hati penyumbang untuk menghadiahkan komputer riba untuk Hidayu.

Alhamdulillah, semangat gigih gigih anak ini yang berusaha tanpa meminta minta telah membuka pintu hati penyumbang untuk menghadiahkan komputer riba untuk Hidayu.

Sukarelawan thirdforce telah membeli dan menyerahkan amanah penyumbang tersebut kepada abang sulongnya hari ini kerana Hidayu telah keluar bekerja semasa kunjungan kami.

Kami juga berpesan kepada abangnya supaya menyampaikan pesanan bahawa ini semua bukan daripada kami dan menggunakan sebaik mungkin komputer tersebut.

Kami juga berpesan supaya belajar rajin-rajin, jangan tinggal solat serta jadi orang baik baik. Jangan jadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk kita berjaya dalam hidup.

Contohi pengalaman hidup abangraja dahulu yang merupakan orang miskin dan anak Kurang Upaya yang belajar bersungguh sungguh sehingga mendapat PhD dan membantu orang lain dalam kesusahan.

Masih saya ingat pesan abangraja, jadilah orang yang baik baik kerana bila ramai orang baik baik maka orang jahat malu nak buat jahat.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang membantu keluarga ini dan menyokong kerja kemanusiaan sehingga ke hari ini. Tidak dapat saya gambarkan saham akhirat yang mengalir selagi mana ia digunakan dan doa anak anak asnaf kepada kita semua. Subhanallah.

Jom jadi orang baik baik
#RajaShamri2022 #the3rdforce #togetherwearestronger#jomjadiorangbaikbaik

Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *