KURSUS FOTOGRAFI DAN PENULISAN BERIMPAK TINGGI UNTUK SUKARELAWAN THIRDFORCE DAN ORANG AWAM

JUMAAT | 23 Februari – Hari ini berlangsungnya Kursus Fotografi dan Penulisan untuk sukarelawan thirdforce dan orang awam di UNIMAP Perlis. Kursus yang di kendalikan oleh Saudara Latfy Anuar Latif ini adalah bertujuan memberikan ilmu asas yang perlu dimiliki oleh seorang sukarelawan.

Abang Latfy satu nama yang tidak asing lagi dengan kerja-kerja kemanusiaan THIRDFORCE khususnya dalam bidang fotografi dan seni kreatif telah sudi untuk infak ilmu dan kepakaran beliau secara percuma untuk sama-sama membantu kerja-kerja kemanusiaan ini.

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan Sukarelawan THIRDFORCE dengan ilmu dalam bidang fotografi dan seterusnya membuat penceritaan berdasarkan gambar tersebut secara efektif. Peserta yang hadir rata-ratanya terdiri daripada pelajar dan pensyarah UniMAP serta orang awam yang terinspirasi dengan kerja-kerja kemanusiaan THIRDFORCE.

kelihatan para peserta menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam Kursus Fotografi dan Penulisan untuk sukarelawan thirdforce dan orang awam di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Pauh.

Sebelum kursus hari ini diserahkan kepada Saudara Latfy, Abangraja sendiri selaku Pengasas THE THIRDFORCE memberi sedikit perkongsiaan ringkas. Dalam perkongsian tersebut. Abangraja memberi penjelasan kepada peserta yang hadir tentang impak serta kesan fotografi dan penulisan kepada kerja-kerja kemanusiaan yang dilakukan.

Dalam kursus tersebut, peserta didedahkan dengan ilmu asas yang perlu difahami oleh seorang sukarelawan untuk menghasilkan gambar yang berimpak tinggi. Antara yang penting adalah sudut gambar tersebut diambil dan apa yang ingin disampaikan dalam gambar tersebut.

Seterusnya peserta diberi tugasan untuk menangkap gambar menggunakan kamera masing-masing berdasarkan sudut-sudut yang telah dikongsikan dalam kursus hari ini, seperti medium shot, close up shot, over the shoulder dan lain-lain sudut yang biasa digunakan dalam fotografi.

Kami merasa sebak dan terharu apabila diberitahu oleh Puan Nor, yang juga salah seorang peserta kursus hari ini, tentang kisah sahabat beliau Encik Saiful yang telah terlibat kemalangan dan dikhabarkan peluang untuk pulih amat tipis. Kisah ini pernah dikongsikan oleh Abangraja dalam facebook beliau yang meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan Encik Saiful.

Alhamdulillah, berkat doa seluruh rakyat Malaysia keluarga besar thirdforce hari ini Encik Saiful telah pulih dan dapat menjalankan tugas beliau sebagai seorang pensyarah di UniMAP seperti biasa. Ini merupakan salah satu impak dan kesan positif daripada fotografi dan penulisan yang berimpak tinggi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak UniMAP terutama Puan Ami Nazifah selaku wakil penyelaras THIRDFORCE UniMAP, diatas jemputan untuk mengendalikan kursus pada hari ini di Perlis.

Laporan disediakan oleh
Muhamad Hariri
Sukarelawan THIRDFORCE
UniMAP, PERLIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.