home Third Force UPDATE BANTUAN UNTUK IBU TUNGGAL (MAKCIK DUWITA)

UPDATE BANTUAN UNTUK IBU TUNGGAL (MAKCIK DUWITA)

UPDATE BANTUAN UNTUK IBU TUNGGAL (MAKCIK DUWITA)

SEMPORNA 23 Februari 2018 | Makcik Duwita seorang ibu tunggal yang sangat tabah menjalani nasibnya. Bertemankan seorang anaknya yang bekerja di sebuah kedai runcit pasti tidak akan menjamin kecukupan keperluan hariannya. Namun mereka tabah menjalani suratan ilahi hidup dalam serba kekurangan tanpa meminta-minta.

Tinggal di sebuah pondok buruk yang berkeluasan 3 meter X 4 meter beratap zink yang terlalu uzur menyebabkan tidur mereka dua beranak tidak akan lena apabila hujan kerana air pasti akan menitis ke dalam rumah. Dinding pondok daripada papan lapis ditampal zink itu cukup melindungi mereka sekeluarga.

Dua beranak ini merupakan warganegara Malaysia. Sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah yang dipimpin oleh koordinator daerah Bro Ibrahim sempat menziarahi mereka untuk melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar yang mereka alami. In sya Allah team HQ berusaha bersama meringankan beban makcik Duwita.

In sya Allah kami akan berusaha membaik pulih pondok buruk ini secepatnya dengan semampu kami. “Pondok Syurga” makcik Duwita akan sukarelawan sulap menjadi lebih selesa. Bantuan barangan dapur juga akan diberikan.

Bagi kami di PERKALAS@3rd Force Sabah kita tidak akan pernah mampu menyelesaikan permasalahan asnaf, Itu semua kerja Tuhan. Namun sebagai manusia yang waras dan punya hati nurani pasti kita tidak rela membiarkan makcik Duwita berseorangan menanggung kesempitan hidup. Kita semua perlu membantunya.

Untuk jangka panjang pula asnaf-asnaf PERKALAS@3rd Force Sabah perlu dilatih berdikari untuk kelangsungan hidup mereka mendatang. Oleh itu PERKALAS@3rd Force Sabah juga bercadang selepas ” Pondok Syurga” makcik Duwita siap dibaik pulih akan sukarelawan bantu dari segi modal dan peralatan untuk menjual goreng pisang secara kecil-kecilan di area berdekatan dengan kediaman ibu tunggal ini.

Mohon sahabat-sahabat di luar sana mendoakan terus sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah sentiasa istiqamah dalam gerak kerja kemanusiaan ini. Disamping mohon untuk Allah kurniakan kesihatan, rezeki yang baik dan kelapangan masa sentiasa ada pada team sukarelawan agar sentiasa boleh berbakti kepada mereka yang memerlukan.

Ingat jangan pernah salah menyalahkan dan jangan pernah timbul kebencian dalam gerakan kemanusiaan. Kita sentiasa mentarbiah pada setiap pimpinan dan sukarelawan agar buat kerja hanya untuk Allah dan biarlah Allah akan memberikan apa yang dikehendakinya untuk para sukarelawan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *