home Medical UPDATE BANTUAN URUSAN PEMBEDAHAN JANTUNG DI IJN ADIK ANISSA

UPDATE BANTUAN URUSAN PEMBEDAHAN JANTUNG DI IJN ADIK ANISSA

UPDATE BANTUAN URUSAN PEMBEDAHAN JANTUNG DI IJN ADIK ANISSA FELDA ARING 5 GUA MUSANG.

Mengimbau perjalanan pada 7/12/2017 , kita telah membantu adik anissa membawanya dari nun jauh di pedalaman di felda Aring 5 Gua Musang untuk dirujuk kepada pakar di Institut Jantung Negara.

Hasil dari pemeriksaan pakar mendapati keadaan jantung adik anissa sgt kompleks dan telah menetapkan 26/3/2018 adalah tarikh untuk melakukan pembedahan terhadap adik anissa.

Hari ini bermula perjalanan anak kecil ini sekali lagi ke ibu negara. Perjalanan kami di temani oleh nenek dan ibu saudaranya serta ibunya.

Rezeki adik anissa pada kali ini di hantar oleh pihak bahagian sosial masyarakat unit agropolitan SKA rantau manis. Pihak pengurusan tempat kerja atuk anissa.

Adik anissa akan terus ke IJN apabila sampai nanti bagi terus di daftarkan ke wad. Thirdforce KL abe marwan menanti ketibaan adik anissa dan keluarga di IJN.

Moga hadir sinar indah buat adik anissa.

Mohan rakyat Malaysia mendoakan kesihatan beliau kembali normal. Terima kasih semua keluarga besar thirdforce yang membantu.

Mastura Hatta
Thirdforce Gua Musang
26/2/2018

#JomJadiOrangBaikBaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *