home Latest News THIRDFORCE JADI ORANG TENGAH

THIRDFORCE JADI ORANG TENGAH

THIRDFORCE JADI ORANG TENGAH MENGURUS PERMOHONAN BARU BANTUAN JKM UNTUK IBU TUNGGAL 3 ORANG ANAK.

27.02.2018 Kampung Changgal – seorang ibu tunggal kini terpaksa menanggung 3 orang anak selepas di ceraikan suaminya. Ujian berat yang melanda si ibu ini bertambah dimana terpaksa membesarkan seorang anaknya yang baru sahaja di lahirkan. Ianya pasti sukar buat si ibu untuk menyediakan keperluan bayinya kerana beliau tidak ada sumber pendapatan sesen pun sejak bercerai melainkan bantuan ihsan daripada orang kampung.

Kak Nur yang kini terpaksa tinggal menumpang di rumah ibunya bersama adik beradik yang lain. hasil maklumat yang kami dapati ibunya juga hidup serba kekurangan. Rumah tempat mereka berteduh ini pun hasil sumbangan daripada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). semua adik beradik Kak Nur pun hidup dikalangan orang susah juga.

Image may contain: 2 people, people smiling, child and closeup
dua orang anak Kak Nur yang masih lagi kecil, mereka memerlukan kasih sayng dan bantuan kita semua.

Jadi atas dasar keperihatinan keluarga besar Thirdforce kami akan cuba bantu rujuk kes Kak Nur ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir puteh, kelantan. kita akan cuba bantu urus segala dokumen, isi borang dan sebagainya untuk memohon bantuan ibu tunggal sepertinya.

Sampai bila nasib ibu tunggal yang menanggung 3 orang anak termasuk bayi yang baru lahir dibiarkan begitu sahaja. Ini ialah tanggungjawab bersama di kalangan kita membantu antara satu sama lain. Perkara ini yang sering di tekankan oleh Abang Raja setiap masa. Tidak mampu bantu dengan kewangan bantu dengan doa pun dah cukup. Allah tidak tanya apa bentuk sumbangkan dan berapa bantuan yang kita infakkan, Allah cuma tanya sama ada kita ada menyumbang atau tidak. Kerana ianya peluang untuk merebut saham akhirat masing-masing, itu sahaja.

Inilah perjuangan Abang Raja bersama sukarelawan seluruh Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah membawa misi mengajak masyarakat membudayakan semula sikap tolong menolong antara satu sama dengan yang lain. Kerana apabila kita bersatu dalam sesuatu perjuangan (kerja amal) kita akan menjadi kuat.

Jom bersama-sama kami dalam menyebarkan gelombang jom jadi orang baik-baik ini di seluruh dunia. Kita elakkan daripada adanya sentimen politik, perkauman dan sebagainya. Membantu dengan cepat tanpa adanya PROTOKOL dan BIROKRASI.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Adi
(Sukarelawan)

#JKM
#Thirdforce
#rajashamri2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *