UPDATE BANTUAN KEBAKARAN KAMPUNG BATU 15 (BELAKANG PASAR MINGGU)
TAWAU 26 Februari 2018 | Kira-kira jam 10.40 pagi tadi tiga keluarga kehilangan tempat tinggal akibat musnah dijilat api. Semoga para mangsa tabah menghadapi ujian Allah ini.

Team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah telah diatur gerak untuk menyampaikan bantuan kilat kepada mangsa di lokasi kejadian. Saat ini rumah sanak saudara menjadi tempat sementara mangsa. Sedih melihat keadaa mara mangsa ini terutama kanak-kanak.
Jom sahabat-sahabat di luar sana kita semua turun padang peduli kepada para mangsa. Hulurkan lah bantuan untuk mengurangkan beban mereka. Kita tidak akan pernah menyelesaikan permasalahan mereka. Namun pasti sedikit sebanyak akan menguragkan derita mereka.
Terima kasih kepada saudara Rustan Lamali kerana bantuannya kepada sukarelawan untuk sampai ke lokasi. Begitu juga dengan semua keluarga besar PERKALAS@3rd Force Sabah di mana pun anda berada. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua.
Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/
atau anda juga boleh follow
https://www.facebook.com/rajashamri/
JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!
“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”
KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583