Update Baik Pulih Rumah Kak Rahimah
Khamis | 1 Mac 18 | Kuala Krai – perkembangan terkini bantuan baik pulih rumah kak Rahimah yang menyara tujuh orang anak kini masuk minggu ke-6.
Alhamdulillah, proses konkrit Ben telah bermula di bahagian dapur, ruang tamu dan Bilik tidur. Insya Allah tidak lama lagi bumbung akan dipasang.

Seorang tukang dan 2 orang pekerja ini merupakan anak tempatan yang mengambil upah yang murah untuk membaik pulih rumah kak Rahimah ini. Ini semua saham akhirat mereka.
Bila ditanya cukup ke dengan harga yang kami berikan ini? mereka menjawab, kami juga niat untuk bersedekah dan mahu jadi orang baik baik. Mungkin ini adalah cara kami membantu mereka. Hendak bantu dengan duit, kami tidak mampu.
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar.. Kami bersyukur Allah hadirkan orang baik baik dalam kerja kemanusiaan ini.
Kami berharap, semakin ramai para tukang rumah diluar sana bersama-sama kita. Jangan kejar keuntungan sahaja sehingga sanggup mengepau kami yang lemah ini. Anda juga akan rugi
Terima kasih kepada semua penyumbang. Jom rebut saham akhirat disini. Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Jom jadi orang baik baik
#RajaShamri2022 #the3rdforce #togetherwearestronger#jomjadiorangbaikbaik #politikletaktepi
Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan thirdforce