Update kerja mengecat di Surau Maahad Tahfiz Al Tarmizi, Wakaf Bunut.
1 Mac 18 | Pasir Puteh – dua orang sukarelawan thirdforce telah menyambung kerja kerja mengecat surau Maahad Tahfiz Al Tarmizi hari ini.
Mereka adalah sukarelawan thirdforce sepenuh masa lepasan Universiti yang bertalaqi bersama sama Abangraja untuk kerja kemanusiaan.

Zulkifli merupakan ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap dari Universiti Putra Malaysia (UPM), membantu abangraja menguruskan keceriaan Landskap dan kerja kemanusiaan.
Manakala Affifuddin merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), membantu Abangraja menguruskan kerja kerja pembinaan seperti mengecat, travel dan fotografi serta editing Video.
Mereka menolak untuk bekerja di luar negeri dengan gaji yang mahal semata mata mahu bersama sama abangraja menyebarkan gelombang mengajak orang jom jadi orang baik baik.
Semoga lebih ramai graduan yang mahu bersama sama dengan thirdforce.
Jom jadi orang baik baik
#RajaShamri2022 #the3rdforce #togetherwearestronger#jomjadiorangbaikbaik
Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan thirdforce