home Third Force PROGRAM DAPUR SYURGA

PROGRAM DAPUR SYURGA

PROGRAM DAPUR SYURGA

SEMPORNA 5 Mac 2018 | Alhamdulillah dengan izin Allah sekali lagi PERKALAS@3rd Force Sabah telah dipilih menjadi alat untuk menyebarkan kasih sayang kepada homeless, fakir miskin dan sahabat buruh sampah di Semporna.

Pengalaman turun padang melihat keperitan dan penderitaan mereka di depan mata sambil berkongsi rezeki akan banyak memberi keinsafan dan menigkatkan rasa syukur kita. Nasib homeless dan fakir miskin ini sering diabaikan dek kerana kesibukan kita masing-masing.

Image may contain: 13 people, people smiling, people standing and outdoor
sukarelawan Thirdforce Sabah bergambar kenang kenangan bersama asnaf di Semporna, Sabah

Semoga aktiviti sebegini semakin mendapat tempat di hati masyarakat agar lebih ramai lagi akan menerima impak positif daripada gelombang jom jadi orang baik-baik di Malaysia khasnya di Sabah.

Setinggi penghargaan kepada dua orang keluarga besar PERKALAS@3rd Force Sabah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sentiasa membantu dan menyokong program sebegini di Sabah. Semoga lulus cemerlang dalam pengajian PHD dan sentiasa menyebarkan gelombang kebaikan ini di manapun anda berada.

Terima kasih kepada koordinator kami saudara Ibrahim dan semua sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah yang bertungkus lumus menjayakan program ini semalam.

Kami juga dari HQ Team merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan NGO kami daripada PERTUBUHAN ADAB AMAN MALAYSIA (ADAM) yang bersama-sama turun padang menyantuni golongan sasar pada malam ini. Semoga ukhwah ini sentiasa berkekalan untuk terus bersama menyebarkan kebaikan di bumi Semporna.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *