home Third Force UPDATE BANTUAN SEKOLAH BAWAH KOLONG

UPDATE BANTUAN SEKOLAH BAWAH KOLONG

UPDATE BANTUAN SEKOLAH BAWAH KOLONG

LAHAD DATU- 8 Mac 2018 | Pendidikan itu ibarat makanan asas seperti beras dan lauk pauk sehari-harian. Sesorang manusia normal tidak akan hidup sehat tanpa adanya makanan yang seimbang. Begitu pula kepentingan pendidikan di zaman moden ini.

Namun bukan semua manusia bernasib baik dilahirkan mendapat pendidikan sempurna seperti pendidikan arus perdana menulis, membaca, mengira, Al Quran dan teknologi.

Image may contain: 6 people, outdoor
sebahagian anak anak murid yang berjuang menuntut ilmu di pondok Kolong, Sabah

Di bumi Sabah ramai kanak-kanak berjuang mati-matian untuk mendapatkan pendidikan ini walau hanya pendidikan asas di pondok buruk atau di bawah kolong. Harga yang mereka perlu bayar yakni berhadapan pelbagai resiko seperti anak seusia 5-7 tahun berjalan berkilometer, mendayung perahu dan pelbagai cabaran lain demi mengenal “huruf”. Masa depan mereka hanya Tuhan yang tahu ke mana arah hidup mereka selepas ini. Inilah nasib anak-anak tanpa negara.

Terima kasih kepada semua team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah atas pengorbanan kalian semua. Setinggi penghargaan dari kami kepada dua orang wanita dari bumi Malaya yang sanggup menempuhi pelbagai cabaran untuk sampai ke sekolah bawah kolong ini untuk berkongsi Al-Quran, alat tulis dan lain-lain keperluan anak-anak syurga ini.

Semoga satu saat nanti seguluh PHD yang mereka berdua dapatkan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menjadi alat membantu warga kecil yang terpinggir oleh siasah dunia. Tuhan melihat mu dan pasti Tuhan menyayangimu.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *