home Construction UPDATE PEMBINAAN RUMAH ABG ASRI & KAK ALINA YANG TINGGAL DALAM PONDOK USANG

UPDATE PEMBINAAN RUMAH ABG ASRI & KAK ALINA YANG TINGGAL DALAM PONDOK USANG

UPDATE PEMBINAAN RUMAH ABG ASRI & KAK ALINA YANG TINGGAL DALAM PONDOK USANG DALAM KEBUN KELAPA SAWIT: MASIH ADA YANG SAYANG

Hari ini tukang dah mula naik tiang dan buat beam. Tiang kita guna yang readymade sahaja sebab ianya cepat dan mudah. Tak perlu buat kotak tiang dan sebagainya.

Image may contain: outdoor
tukang dah mula naik tiang dan buat beam untuk bantuan rumah Abf Asri di Kamppung Changgal, Gaal, Pasir Puteh

Kita jangka rumah ini akan siap dalam bulan ramadan, jadi dapatlah mereka beraya di rumah baru.

Kepada sesiapa yang nak rebut saham akhirat, ianya masih terbuka luas, kita perlukan banyak bahan binaan lagi seperti, simen, frame tingkap, kayu untuk buat kerangka atap, atap ardec/zink dan lain lain lagi.

Hari juga sukarelawan kita pergi punggah kayu yang disumbangkan oleh Datin Noraini dari Kubang Kerian.

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong, ianya memberi sinar baru kepada Abg Asri dan Kak Alina sekeluarga.

Ali Mohamed
Sukarelawan Thirdforce
14/3/18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *