home Third Force SEPASANG KASUT UNTUK KE PODIUM

SEPASANG KASUT UNTUK KE PODIUM

SEPASANG KASUT UNTUK KE PODIUM

Anis Asmida bt Azmi adalah salah seorang dari lebih 200 orang Anak Prihatin Thirdforce (under privileged kid) dari keluarga asnaf telah melayakkan dirinya dalam sukan bola baling peringkat umur 12 tahun untuk mewakili MSS Kelantan ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Image may contain: 1 person, smiling, standing
Anis Asmida bt Azmi adalah salah seorang dari lebih 200 orang Anak Prihatin Thirdforce (under privileged kid) yang berjaya mewakili Kelantan Acara Boling peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Adik Anis yang yatim mempunyai susuk badan yang tegap dan lampai, mempunyai potensi besar untuk menjadi atlit yang berjaya. Beliau yang sedang belajar di Sek. Keb. Pulau Beluru kini sedang menjalani latihan intensif di Pusat Latihan Bola Baling Pasir Mas, Kelantan.

Ibunya hanya bekerja kampung dengan pendapatan dari hasil mengutip pucuk paku. Kita didatangi adik Anis yang sugul dan rendah diri memohon jika boleh dibelikan kasut sukan dan sedikit belanja untuk bekal ke Kuala Lumpur.

Begitulah rutin kita seharian melayani keperluan anak-anak yang majoritinya yatim dan sangat dhaif. Jommmm sama-sama kita hulurkan apa yang termampu kerana seperti yang selalu Abangraja pesan … kalau bukan kita siapa lagi.

Ketua Unit Kebajikan dan Anak Prihatin
The 3rd Force

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *