home Third Force RAKYAT KECIL SENTIASA MEMERHATIKAN RENTAK IRAMA YANG KAU DENDANGKAN.

RAKYAT KECIL SENTIASA MEMERHATIKAN RENTAK IRAMA YANG KAU DENDANGKAN.

RAKYAT KECIL SENTIASA MEMERHATIKAN RENTAK IRAMA YANG KAU DENDANGKAN.

TAWAU 20 Mac 2018 | Seronok melihat semakin ramai masyarakat, Ngo, parti politik turun padang menyantuni rakyat kecil. Ada yang sanggup masuk pulau meredah lautan untuk mendengar rintihan rakyat. Apabila malam menjelma para sahabat homeless tidur dalam kekenyangan syukur Alhamdulillah hasil perkongsian manusia-manusia ajaib. Jika ini berterusan maknanya semakin ramai mereka yang hidup kekurangan semakin terbantu.

Zink usang berlubang di sana sini alhamdulillah telah bertukar baru hasil sumbangan di balai raya. Dinding papan lapis juga bertukar wajah kerana sumbangan orang-orang budiman.

Anak-anak fakir miskin telah mula tersenyum dengan hadiah alat tulis dan seragam sekolah baru. Anak-anak OKU juga tidak terkecuali menerima tempias kebaikan ini. Pelbagai program khas untuk mereka diperkenalkan.

Kebakaran yang berlaku dengan pantas para mangsa disantuni. Tikar, khemah, susu bayi, beras sekelip mata sampai ke tangan para mangsa. Alhamdulillah mereka para mangsa seolah-olah menjadi anak emas untuk sesetengah golongan. Kediaman yang lebih selesa untuk para mangsa kebakaran ini telah dijanjikan untuk menjaga kebajikan mereka. Alhamdulillah pasti Tuhan mencatat segala niat baik mereka.

Bendera atau panji-panji lambang kegemilangan dan perjuangan ideologi berkibar megah dari bandar sehingga ke pelusuk desa. Luar biasa pesta demokrasi semakin hangat dirasai.

Semoga ini semua akan berterusan untuk jangka panjang. Rakyat kecil yang menjadi pemerhati sejak puluhan tahun semenjak laungan keramat merdeka !!! merdeka !!! merdeka !!!! diharapkan akan berpuas hati kali ini.

Boleh masak nasi berlauk ikan atau telor ayam goreng. Boleh memasak tidak menggunakan kayu api lagi hasil sumbangan orang budiman menghadiahkan tong gas dan dapur gas.

Tuhan engkau maha melihat makhluk mu. Selamatkan kami semua daripada menjadi manusia yang lupa dengan tangungjawab kami. Ya Allah selamatkan tanah ini daripada tipu daya dunia. Cucu cicit Mat Saleh, arung Palakka, Mat Kilau, Rentap, Tok Janggut, Tok Kenali dan lain-lain terlindung daripada fitnah air zaman.

BINA ISLAM BUKAN DENGAN LIDAH SEMATA TAPI DITURUTI HATI DAN PERILAKU ISLAM TANPA KEPALSUAN.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *