home Construction, Newsletters SATU TINDAKAN DI LAPANGAN LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU KATA-KATA DI ATAS PENTAS

SATU TINDAKAN DI LAPANGAN LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU KATA-KATA DI ATAS PENTAS

SATU TINDAKAN DI LAPANGAN LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU KATA-KATA DI ATAS PENTAS

LAHAD DATU – 19 Mac 2018 | Alhamdulillah baik pulih pondok Tok Amirul telah siap 90%. Daripada memasang zink baru, kayu-kayu baru, dinding papan lapis baru, lantai simen, pintu baru semua sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah bersama saudara-saudara daripada Langmerah Malaysia dibawah pimpinan Ayah Sham telah siapkan. In sya Allah dalam masa terdekat team sularelawan akan mengecat pondok ini.

Image may contain: 1 person, outdoor
sebahagian sukarelawan thirdforce Sabah bertungku-lumus menyiapkan rumah Tok Amirul. baik pulih pondok Tok Amirul telah siap 90%

Untuk pengetahuan semua Tok Amirul ini hanya menggunakan pondok ini untuk tidur dan berteduh. Aktiviti memasak bekalan barangan dapur yang team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah hantar perbulan akan dimasak oleh jiran Tok Amirul yang sangat perihatin.

Bersyukur sangat ada ramai anak muda Lahad Datu yang sanggup mengotorkan tangan mereka bertukang dan menggaul simen sehingga pondok Tok Amirul berjaya disiapkan.

Setinggi Penghargaan kepada Ayah Kidal selaku koordinator kami di Lahad Datu. Yang kami hormati dan terhutang budi ialah pimpinan Langmerah Malaysia di Lahad datu ayah Syam Thoronto LD yang sanggup turun padang sendiri apabila ada program bersama. Beliau tidak segan silu memikul guni tepung, beras atau bertukang di bawah terik matahari demi membantu kerja-kerja kebajikan di Lahad Datu. Begitu juga dengan semua saudara-saudara sukarelawan yang terlibat. Hanya Allah yang berhak membalas jasa dan pengorbanan kalian selama ini.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *