home Third Force MENZIARAHI KELUARGA ASNAF DI KG SERDANG

MENZIARAHI KELUARGA ASNAF DI KG SERDANG

5 April 2018 l Khamis, 6.00 petang
Kampung Serdang, Sitiawan

MENZIARAHI KELUARGA ASNAF DI KG SERDANG

Pada 5 April 2018, seramai 12 sukarelawan The Thirdforce Perak telah mengunjungi satu keluarga asnaf di Kampung Serdang, Sitiawan. Kami tiba sekitar jam 6.00 petang. Ini merupakan kunjungan follow-up. Sebelum ini seorang sukarelawan kami, Inas Iskandar, telah menziarahi Encik Mohd Hezriza bin Rasidi hasil dari maklumat yang viral di laman media.

Sewaktu tiba di rumah keluarga asnaf Inas dapat berjumpa dengan En Hezriza dan isteri serta seorang anak bongsu mereka yang berumur 4 tahun.

Beliau merupakan seorang bekas pekerja MAS waktu ketika sihat. En Hezriza dan isterinya juga ada dua orang lagi anak yang bersekolah; seorang darjah 3 dan seorang darjah 2.

Baru-baru ini mereka pernah di datangi Mentri Besar Perak dan juga pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut isteri En Hezriza mereka dah buat permohonan untuk bantuan dari JKM. Semasa kunjungan pertama sularelawan TF Perak, Encik Hezriza ada bercakap hasrat beliau untuk adakan tandas di dalam bilik beliau untuk memudahkan beliau.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and text
Keluarganya menumpang di rumah ibu mertuanya. Keadaan keluarga En Hezriza serba kekurangan, bergantung pada wang bulanan SOCSO yang diterima.

En Hezriza tidak bekerja selepas keadaan penyakit goutnya merebak sehingga kini beliau tidak mampu untuk berjalan. Isterinya juga terpaksa berhenti kerja untuk menjaga suaminya.

Keluarganya menumpang di rumah ibu mertuanya. Keadaan keluarga En Hezriza serba kekurangan, bergantung pada wang bulanan SOCSO yang diterima. Keluarga ini sangat memerlukan perhatian dan bantuan dari kita semua. Kesempitan hidup mereka yang serba kekurangan, anak-anak yang masih bersekolah yang memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi dan hasrat beliau untuk adakan tandas di dalam bilik beliau untuk memudahkan beliau untuk ke tandas . Setakat ini beliau menerima bantuan berbentuk barang keperluan yang di beri oleh orang .

Berikutan dari laporan oleh sukarelawan kami yang diviralkan di FB Abang Raja Shamri (pengasas The Thirdforce), kami menerima panggilan dari sponsor yang ingin membiayai kos pembinaan tandas untuk Encik Hezriza.

Pada kunjungan pada 5 April, kami telah
menyumbangkan diapers dan tisu basah. Ustaz Syed Sharim bin Shayid Khalim dan pelajar-pelajar KVSM telah sedekahkan doa mohon kesembuhan untuk Encik Hezriza.

Teruskan bersama The Thirdforce Perak yang sentiasa prihatin golongan yang kurang bernasib baik. Kalau bukan kita siapa lagi.

Jom Jadi Orang Baik-baik.

Dilaporkan oleh:
Miss Cheah Li Na
The Thirdforce Perak
6 April 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *