home Medical KAKI PALSU UNTUK AFZA : SAHAM AKHIRAT UNTUK KITA

KAKI PALSU UNTUK AFZA : SAHAM AKHIRAT UNTUK KITA

KAKI PALSU UNTUK AFZA : SAHAM AKHIRAT UNTUK KITA

10 hb April 2018 Rantau Panjang.
Masih ingat kah kita kepada Afza yang mengidap kenser tulang yang mana kakinya telah dipotong.Kaki Afza telah dipotong pada awal bulan 9 /2017 yang lalu.

Kakinya terpaksa dipotong kerana sel-sel barah telah merebah .Paras peha terpaksa di potong untuk menyelamatkan nyawa Afza.
Dan hari ini doktor telah mengesahkan yang Afza bebas dari kenser.

Setelah kakinya dipotong Afza terus melakukan kimo sebanyak dua kali di awal bulan 2 /2018,bagi memastikan tiada lagi sel barah yang tertinggal.

Setelah 3 kali perjumpaan dengan pihak REHAB di HRPZ11 mereka telah bersetuju untuk memberi kaki palsu melalui dana .Dalam tempoh 4 bulan Kaki Afza akan diukur untuk membuat kaki palsu.

Melalui dana kemungkinan keinginan Afza untuk mendapatkan kaki palsu tidak mengambil masa yang begitu lama.Pihak REHAB juga menerangkan kepada kami , mereka akan pastikan Afza mendapat kaki palsu yang terbaik untuk memudahkan kehidupan seharian Afza ,memandangkan Afza masih mudah dan perjalanan hidup masih jauh.Memudahkan naik turun tangga memandangkan Afza masih bersekolah.

Mereka juga memberitahu kaki palsu yang mereka fikirkan sesuai untuk afza adalah kaki palsu yang mana tapak kakinya boleh digerakan.

Kegembiraan terpancar diwajah Afza bila mendegar penerangan yang di sampaikan oleh pasukan REHAB.

Anggaran harga kaki palsu yang dimaksudkan tadi lebih kurang 10 ribu ringgit.Bila diberitahu harga kaki palsu wajah Afza berubah serta merta.Mana mungkin ibunya seorang ibutunggal yang mempunyai 4 orang anak untuk menyediakan duit sebanyak itu dalam masa 4 bulan.

Tapi sinar harapan kembali terpancar diwajah Afza bila diberitahu Afza hanya perlu membayar sebanyak 30 peratus sahaja.Allhamdulillah itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut seorang anak yang tabah ini.

Ini bermakna Afza perlu membayar sebanyak 3 ribu.Diwajah ibunya terlihat sedikit kebimbangan.Mungkin terfikir adakah dia mampu untuk mendapatkan duit sebanyak itu dalam tempoh 4 bulan.

Saya menepuk bahu Afza dan berkata Inshaallah kita akan usaha mendapatkan jumlah wang yang diperlukan itu.Saya tahu kita keluarga besar thirdforce seluruh Malaysia mampu membantu Afza.

Afza seorang anak yang begitu tabah dalam melawan kenser.Kesakitan demi kesakitan yang dilalui Afza dalam melawan penyakit ini.selama setahun lebih menderita kesakitan.Sebelum mengenali Thridforce hanya kematian yang dibayangkan oleh keluarga Afza.Mereka tiada arah tuju.

Allhamdulillah setelah mengenali thirdforce, pertolongan yang di beri oleh pasukan thirdforc memberi semangat untuk mereka bangkit melawan penyakit ini.kata- kata semagat dari abang raja membuat Afza bangkit melawan penyakitnya itu.

Allah masih memberi peluang untuk Afza meneruskan kehidupan ini.Allah juga hadirkan anak istimewa ini untuk kita sama-sama menambah saham akhirat

Jom kita semua membantu Afza meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna.Rialisasikan impian Afza untuk memakai kaki palsu, meneruskan hidup seperti remaja-remaja yang lain.

Jom jadi orang baik- baik
Thirdforce Rantau Panjang
K mah..0129492923

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *