home Third Force SUMBANGAN PAKAIAN KEPADA ANAK PRIHATIN.

SUMBANGAN PAKAIAN KEPADA ANAK PRIHATIN.

SUMBANGAN PAKAIAN KEPADA ANAK PRIHATIN.

12 April 18 | Wakaf Bharu- pagi ini sukarelawan Thirforce telah menyampaikan amanah daripada penyumbang iaitu pakaian yang baru kepada Kak Yong dan Kak Mah.

Kak Yong merupakan pengarah sektor Kebajikan Anak Prihatin the Thirdforce Wakaf baru yang menguruskan 200 anak-anak Prihatin diseluruh Tumpat manakala Kak Mah sukarelawan Thirdforce Rantau panjang.

Anak-anak prihatin merangkumi anak-anak yatim, yatim piatu, anak yang tinggal bersama datuk dan nenek, Anak yang kedua ibu bapanya bercerai, anak tidak sah taraf, anak yang kedua ibubapanya penagih dadah, anak yang tinggal bersama penjaga yang juga miskin dan anak yang ibu atau bapa dalam penjara.

Kita membantu anak-anak Prihatin saban tahun yang meliputi bantuan pakaian sekolah, bantuan tambang bot, bantuan baju raya, bantuan yuran persekolahan dan sebaganya. Ini semua hasil sumbangan kita semua yang sama-sama menyokong kerja kerja kemanusian.

The ThirdForce mngucapkan jutaan Terima kasih kepada semua penyumbang yang menyumbang pakaian ini kepada anak prihatin. sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada anak anak ini.

Kita juga mengucapkan tahniah kepada penyumbang kerana mereka memudahkan urusan kerja sukarelawan dimana pakaian yang kami terima sudah disusun cantik cantik dan dilabel mengikut saiz-saiznya. Sikap sebegini amat baik dan patut dijadikan contoh kepada semua penyumbang diluar sana.

Abangraja selalu pesan, kalau hendak bagi pakaian, sebaik-baiknya bagi pakaian baru atau pakaian yang telah dicuci dan disusun kemas supaya tidak timbul fitnah kepada penyumbang. Jangan pula bagi pakaian dengan niat mahu mengosongkan almari dirumah dan Pakaian kotor serta pakaian macam mahu pergi disco pula tau..

Ikut yang baik baik sahaja ok, yang tidak baik kita jangan ikut. Jom jadi orang baik baik.

Laporan oleh Ewan dan Ramadan
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *