home Third Force MEMERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN BARU TAMIL KELUARGA PN RAJESWARI

MEMERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN BARU TAMIL KELUARGA PN RAJESWARI

MEMERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN BARU TAMIL KELUARGA PN RAJESWARI

Pada hari Sabtu, kaum Tamil akan menyambut tahun baru. Sempena perayaan ini Mrs Wong, Puan Nalini dan 2 lagi sukarelawan Thirdforce Perak telah menghantar bekalan seperti beras, dhal, minyak, telur, kacang, bihun dan gula kepada keluarga Pn Rajeswari supaya mereka dapat menyambut perayaan tersebut.

Dalam keluarga ini Pn Rajeswari sahajalah yang bekerja sebagai cleaner dengan pendapatan RM500 sebulan. Suami beliau tak berupaya bekerja selepas cedera dalam kemalangan.

Beliau dapat RM550 dari SOVSO. Mereka ada 6 orang anak yang masih belajar. Selepas bayar sewa rumah, bil letrik dan bil air, duit yang baki tidak mencukupi untuk perbelanjaan yang lain.
Semoga dengan sumbangan kami, keluarga ini dapat menyambut tahun baru ini dengan lebih meriah.

Jom jadi orang baik-baik.

Dilaporkan oleh:
Miss Cheah
The Thirdforce Perak
13 April 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *