home Newsletters, Third Force PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR UNTUK ASNAF (BULANAN)

PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR UNTUK ASNAF (BULANAN)

PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR UNTUK ASNAF (BULANAN)

TAWAU – 14 April 2018 | Alhamdulillah di dalam kesibukan sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah dengan kerjaya masing-masing pasti meluangkan sedikit waktu untuk memberi ruang bagi menyantuni para fakir miskin yang merupakan asnaf dibawah seliaan PERKALAS@3rd Force Sabah. Hari ini 32 keluarga berusaha disantuni dan berkongsi rezeki dari pintu ke pintu rumah mereka.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor
menyantuni para fakir miskin yang merupakan asnaf dibawah seliaan PERKALAS@3rd Force Sabah. Hari ini 32 keluarga berusaha disantuni dan berkongsi rezeki dari pintu ke pintu rumah mereka.

Asnaf ini selain hidup dalam kemiskinan mereka juga terdiri daripada ibu tunggal miskin, orang tua tanpa keluarga dan golongan OKU. Sebilangan besar mereka bekerja sebagai buruh kasar, mengambil upah membuat kerja-kerja kampung, mengumpul hasil buangan orang ramai seperti kotak, plastik dan tin minuman untuk dijual kepada peraih kitar semula.

Ada satu perkara penting yang wajib ada pada semua sukarelawan untuk menyertai aktiviti menyantuni asnaf dari rumah ke rumah iaitu “ADAB” ketika berdepan langsung dengan asnaf. Antaranya ialah :

1) Memperbetulkan niat- tiada populariti dalam PERKALAS@3rd Force Sabah.

2) Jika asnaf orang tua sukarelawan WAJIB menunduk bersalaman sambil mencium tangan asnaf. Ini tanda menghormati fakir miskin.

3) Bercakap dengan asnaf secara lemah lembut.

4) Wajib meminta izin apabila ingin mengambil gambar asnaf.

5) Berusaha memenuhi permintaan asnaf termampu sukarelawan contoh (orang tua minta dibelikan ubat-ubatan, minta dibelikan buah-buahan bagi orang tua atau asnaf yang terlalu kepingin, Memperbaiki kerusakan kecil di rumah asnaf).

6) Menjadi pendengar yang baik untuk asnaf yang meluahkan masalah mereka.

Kesemua adab-adab ini perluh diterapkan kepada sukarelawan agar pengorbanan di lapangan tidak sia-sia dan ada sesuatu yang menjadi bekal di hari kemudian.

Terima kasih kepada keluarga besar PERKALAS @3rd Force Sabah di seluruh Malaysia yang sentiasa menyokong gerakan kami di bumi Sabah. Semoga Allah merahmati anda semua berkat bantuan yang diberikan.

Selain itu, kami di PERKALAS @3rd Force Sabah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada golongan yang sentiasa pengkritik gerakan kami. Samada yang mengkritik secara langsung ataupun dari belakang. Kritikan anda bukti anda sayang PERKALAS@3rd Force Sabah dan kritikan-kritikan ini menjadi pemangkin untuk lebih berusaha menyebarkan gelombang kebaikan ini di seluruh pelusuk bumi Sabah.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *