home Latest News HUSIN SI BADANG SERBA KEKURANGAN

HUSIN SI BADANG SERBA KEKURANGAN

HUSIN SI BADANG SERBA KEKURANGAN

17 April 2018 – Kejayaan seorang atlet Malaysia merangkul pingat perak dalam acara Powerlifting (angkat berat) di sukan Sea Games Singapura suatu ketika dulu telah mengubah nasib Abang Husin anak beranak seterusnya mengubah persepsi masyarakat bahawa golongan kurang upaya seperti mereka pun boleh mencipta sesuatu yang luar biasa.

Tapi di sebalik kejayaan beliau itu kita terlepas pandang melihat sesuatu yang amat di perlukannya. Baru-baru ini kami menemui beliau di pusat sukan paralimpik (MSN) Kampung Pandan Indah Kuala Lumpur. Kami terpaku melihat kedaifan kaki palsu beliau yang yang telah lusuh. Kaki palsu tersebut telah di gunakannya terlalu lama dan rosak teruk.

Nak buat kaki palsu ni memerlukan kos yang tinggi, abang Husin mana mungkin mampu membuat kaki yang baru.

Abang Husin menanggung dua orang anaknya yang di jaga oleh kakaknya di perak.

Image may contain: 1 person, child
HUSIN, seorang atlet Malaysia merangkul pingat perak dalam acara Powerlifting (angkat berat) di sukan Sea Games Singapura suatu ketika dulu

Abang Husin yang berasal dari Bachok, Kelantan. Mak ayah beliau telah lama meninggal. Beliau dengan bekas isterinya telah bercerai 10 tahun yang lepas dan tanggungan 2 orang anak di bawah jagaan beliau. Kini husin bergantung sepenuhnya daripada elaun MSN.

Abang Raja selaku pengasas thirdforce bersama kita semua keluarga besar thirdforce akan cuba cari jalan untuk mendapatkan kaki palsu yang baru untuk Abang Husin supaya dengan kaki yang baru dapat memberikan sedikit keselesaan dan semangat baru buat Husin.

Suara abang Husin yg kedengaran di awal pagi melaungkan azan subuh di surau pusay kecemerlangan paralimpik kg pandan mempertemukan kami dengan kisah duka abang husin.

Kami mengalu-alukan semua penyumbang di luar sana untuk bersama- sama dalam setiap program bantuan kami yang pelbagai jenis bentuk bantuan termasuk kisah Abang Husin. Sokonglah Abang Raja dan kami semua dalam menjalankan kerja-kerja kemanusian ini kerana inilah saham akhirat utk kita semua.

Abangraja dengan ini melancarkan serta merta bantuan kaki palsu abang husin badang negara. Whatsapp abangraja utk detail bagaimana utk sama2 membantu di 017-387 2232 atau mesej ke fb page ini.

Bersama kita jadi orang yang baik-baik ya!!!!

Together We Are Stronger.

Laporan Adi
Sukarelawan Thirdforce.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *