home Construction, Newsletters MENUMPANG DI PONDOK TANPA DINDING TANPA LETRIK TANPA AIR BERSIH

MENUMPANG DI PONDOK TANPA DINDING TANPA LETRIK TANPA AIR BERSIH

MENUMPANG DI PONDOK TANPA DINDING TANPA LETRIK TANPA AIR BERSIH

17 April 2018 – Kg. Changgai Pasir Putih | Alhamdulillah syukur pada Mu ya Allah kerana sudah masuk minggu ke-6 proses pembinaan rumah abang Asri ini berjalan. Walaupun dikira agak lama dan lambat berbanding dari proses yang kita membina rumah-rumah asnaf yang terdahulu tapi kerja-kerja pembinaan masih berjalan seperti biasa. Slow and steady.

Para tukang masih lagi bertungku lumus untuk menyiapkan rumah ini. Saya cukup “respect” pada abang Lan selaku ketua tukang kerana hanya mengguna 3 orang tenaga kerja termasuk beliau bermula dari penyediaan tapak rumah sehingga rangka atas pada minggu ke-6 ini.

Untuk pengentahuan semua rumah yang kita bina untuk abang Asri ini berkeluasan 900 kaki persegi, mempunyai 3 bilik tidur, 2 tandas, ruang tamu, ruang keluarga dan ruang dapur dan amat bersesuaian dengan keluarga abang Asri yang mempunyai 5 orang anak.

Kita amat bersyukur apabila ditemukan dengan abang Lan yang sanggup menolong membina rumah ini dengan mengambil upah yang sangat rendah berbanding dengan tukang-tukang yang lain.

Kita menganggarkan kos untuk Image may contain: one or more peoplemenyiapkan rumah ini di antara 40 ribu ke 45 ribu.

Dengan kos yang sebegitu, menjadi terlalu tinggi untuk sebuah organisasi yang tidak mendapat sebarang geran dari kerajaan seperti kita dan semata mata sumbangan awam dari kalian semua keluarga besar thirdforce.

Abang Raja selalu mengingatkan kami para sukarelawan ini, untuk menolong orang susah jangan tunggu ada duit baru hendak tolong. Kita tolong dulu dengan duit poket kita duit tabunh haji kita dan apa yqng kita ada lepas itu pasti Allah akan tolong kita dengan datangkan pertolongan dari sudut yg kita tak sangka.

Marilah kita sama-sama merebut peluang mendapatkan saham akhirat mengikut kemampuan kita. Jika kita tidak mampu dengan wang ringgit dan tenaga, cukuplah hanya berdoa supaya pembinaan rumah abang Asri ini berjalan dengan lancar dan siap sebelum bulan ramadhan nanti.

Semoga keluarga abang Asri dapat menyambut bulan ramadhan dalam rumah yang lebih selesa dan dapat keluar segera dari bangsal tak berdinding tanpa letrik dan air bersih dalam ladang sawit tu.

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong gerak kerja 3rd Force seluruh malaysia yang telah memberi kepercayaan kepada kami menguruskan amanah tuan puan semua. Anggaplah dengan menginfak ini sebenarnya kita sedang membantu diri kita sendiri untuk menghadapi alam akhirat nanti.

Untuk detail bagaimana boleh sama2 bantu whatsapp abangraja 017-3872232 atau mesej ke inbox page ini.

#projekrumahabangasri

Laporan jullah dan Din
Sukarelawan Thirdforce.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *