home Third Force PROGRAM DAPUR SYURGA

PROGRAM DAPUR SYURGA

PROGRAM DAPUR SYURGA

LAHAD DATU – 16 April 2018 | Hari ini saudara-saudara “gipsi laut” menjadi sasaran program dapur syurga untuk sukarelawan PERKALAS @3rd Force Sabah. Edaran makan dan minuman percuma kepada golongan terpinggir ini diharap akan menarik minat masyarakat Lahad Datu untuk bersama menyebarkan gelombang kebaikan ini.

Image may contain: 5 people, outdoor
sebahagiaan Gipsi laut yang di bantu oleh sukarelawan Thirdforce

Gipsi laut juga manusia yang memerlukan perhatian dan rasa peduli kita. Sampai bila mereka harus tersisih dan terabai ? Rasa kemanusiaan yang telus sahaja dapat menembus paradigma masyarakat tentang kepentingan mengangkat derajat saudara-saudara gipsi laut@ pala’u di. bumi Sabah.

Terima kasih kepada rakan NGO LangMerah Malaysia di bawah pimpinan ayahanda Syam Thoronto LD kerana tarbiah yang luar biasa sehingga dapat bersama menyebarkan gelombang kebaikan ini kepada para belia di Lahad Datu. Tidak lupa setinggi penghargaan kepada koordinator PERKALAS@3rd Force Sabah (Lahad Datu) Ayahanda Kidal yang tidak pernah putus asa menyebarluaskan program kemanusiaan di sana. Semoga Tuhan merahmati kita semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *