home Medical, Newsletters KAKI PALSU BARU UNTUK HUSEIN SAHAM AKHIRAT UNTUK KITA

KAKI PALSU BARU UNTUK HUSEIN SAHAM AKHIRAT UNTUK KITA

KAKI PALSU BARU UNTUK HUSEIN SAHAM AKHIRAT UNTUK KITA

Saya menerima gambar-gambar Husin di PLPP Bangi hari ini menjalani proses ukur kaki palsu. Baru semalam kita kongsikan masalah dan derita bertahun tahun Husin atlet angkat berat negara yang memberi pingat perak pada dua kali sukan sea yang lepas yang tiada siapa penah ambil tahu ….

Derita untuk mendapatkan kaki palsu baru kerana kaki palsu lama yang begitu dhaif. Derita menahan sakit bilamana kaki yang lama yang menjadikan setiap langkah Husein penuh kesakitan.

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
acuan kaki palsu baru untuk Husin

Husin tak pernah meminta minta apa lagi memohon belas ehsan orang walaupun beliau atlit negara. Apatah lagi bila semua tahu karenah birokrasi dan prosedur itu ini yang sangat melemaskan. Bagi Husein beliau hanya mahu mengharumkan nama negara … Soal orang nak kesian kat dia berjalan terhencut hencut dengan kaki palsu lama yang hancur itu biar Allah yang bukak pintu hati…

Sehinggalah laungan azan subuh oleh Husin di surau kompleks sukan paralimpik membawa abangraja yang sedang mengikuti sirkit memanah di situ untuk ke surau tersebut dan mengimami solat subuh bersama.

Pertemuan itulah yang membawa Husin hari ni ke PLPP Bangi untuk ukur kaki palsu baru. Disinilah tempat abangraja buat kaki palsu sejak kecik. Pakar yang sama juga yang akan buat kaki palsu husein. En. Hajarudin.

Walaupun sumbangan awam belum cukup lagi hari ini tapi abangraja telah memujuk en Hajar dan PLPP untuk terus proceed buatkan kaki palsu untuk husein. Jelas sekali bagi kami para sukarelawan nampak abangraja sangat menyelami dan memahami kesakitan husin kerana kecacatan mereka sama dan kerana abangraja boleh menyelam ke dasar lubuk hati individu ini …

Kami dapat rasakan abangraja sangat mahukan Husin berdiri gagah mengharumkan nama negara … Berjalan penuh yakin menjenguk dan bermain bersama anak-anak yang kini terpaksa Husin tinggalkan bersama kakaknya di Perak …

Cakap mesti serupa bikin. Itulah yang abangraja selalu pesan. Kita cakap akan bantu insyaAllah kita bantu … Sekadar yang kita mampu. Bukan janji kosong insyaAllah.

Cepat tanpa banyak protokol dan birokrasi. Kerana kita tak mahu Allah lambatkan kita ke syurga pastinya …

InsyaAllah … Sehari dua lagi siap kaki baru Husin …

Peluang masih terbuka dan sentiasa terbuka untuk kita sama-sama membeli saham akhirat bantu husin dapatkan kaki palsu baru beliau dan juga bantu apa saja program kemanusiaan thirdforce. Whatsapp abangraja 017-387 2232 atau mesej ke inbox facebook page ni jika mahu sama-sama membantu.

Jommmm jadi orang baik-baik.

Doakan kami para sukarelawan
Doakan abangraja.

#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#rajashamri2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.