home Columns ADA IJAZAH TAPI TAK BAIK

ADA IJAZAH TAPI TAK BAIK

ADA IJAZAH TAPI TAK BAIK

Ada ijazah dalam bidang kedoktoran belum tentu boleh jadi doktor yang baik. Betapa ramai diluar sana doktor yang melakukan jenayah.

Ada ijazah dalam bidang kejuruteraan belum tentu boleh jadi jurutera yang baik. Betapa ramai pakar kejuruteraan di luar sana yang terlibat merosakkan bumi dan menghuru harakan dunia.

Ada ijazah dalam bidang perguruan belum tentu boleh jadi guru yang baik. Betapa ramai guru yang bermasalah kat luar …

Ada ijazah dalam bidang sains politik belum tentu boleh jadi pemimpin, ahli politik, menteri besar, menteri-menteri yang baik …

Ada ijazah dalam bidang agama belum tentu boleh jadi agamawan yang baik. Betapa ramai agamawan yang menjual agama, menggunakan status ustaz dan agamawannya untuk mengharamkan itu ini, mengkafirkan itu ini, menjauhkan orang bukan islam pada islam dsbg.

Sebab kebaikan itu bukan terletak pada ijazah yang di pelajari ilmu yang dimiliki. Tak pandai belajar tak ada ijazahpun takpe sebab Allah bagi kepandaian dlm pembelajaran tu tak sama. Tapi anak yang baik insyaAllah akan mentadbir dunia ini dengan baik-baik.

Ajarilah anak-anak kita dengan kebaikan kerana ianya teras TAMADUN.

Jommmm jadi orang baik-baik.
Jommmm jadi orang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *