home Newsletters, Third Force EDARAN BANTUAN BARANGAN DAPUR KEPADA ASNAF

EDARAN BANTUAN BARANGAN DAPUR KEPADA ASNAF

EDARAN BANTUAN BARANGAN DAPUR KEPADA ASNAF

MEROTAI – 26 April 2018 | Alhamdulillah sekali lagi Allah memberi peluang kepada sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah turun menziarahi asnaf dari pintu ke pintu rumah mereka untuk berkongsi rezeki.

Hari ini hujan renyai-renyai menemani perjalanan sukarelawan. Sasaran pada kali ini merangkumi warga emas yang hidup sendirian, ibu tunggal yang hanya bekerja mengambil upah menanam sayur untuk membesarkan tiga orang anaknya yang bersekolah, orang tua OKU tinggal sebatang kara, seorang ayah fakir miskin (nelayan) yang bertungkus lumus membesarkan anaknya yang ramai tanpa isteri.

Image may contain: house, tree, outdoor and nature
Sasaran pada kali ini merangkumi warga emas yang hidup sendirian, ibu tunggal yang hanya bekerja mengambil upah menanam sayur untuk membesarkan tiga orang anaknya yang bersekolah, orang tua OKU tinggal sebatang kara, seorang ayah fakir miskin (nelayan) yang bertungkus lumus membesarkan anaknya yang ramai tanpa isteri.

Keadaan mereka sangat memilikun. Ada dikalangan mereka masih menggunakan kayu api untuk memasak kerana tidak mampu menampung kos dapur gas. Ada juga dikalangan asnaf seorang pakcik yang bergantung harap dengan upah menebas kebun untuk mendapatkan makanan. Apabila melihat dapurnya tiada lauk pauk hanya ada ubi rebus untuk alas perut.

Inilah pemandangan biasa yang terhidang di depan mata para sukarelawan setiap kali menyantuni asnaf di setiap daerah di Sabah. Terlalu banyak pengajaran bagi orang yang mahu merenung dan bersyukur kerana jika kita menganggap diri kita hidup dalam kesusahan rupanya di luar sana ada lagi manusia yang hidupnya jauh lebih menderita.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat menjayakan misi petang ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan di Merotai yang banyak membantu sehingga beberapa asnaf dapat dijejaki. Kami juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Dr. Raja Shamri Bin Raja Husin dan seluruh keluarga besar PERKALAS@The 3rd Force Sabah di seluruh Malaysia yang tidak pernah jemu menyokong perjuangan kami di bumi Sabah. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *