home Third Force PROGRAM EDARAN BURGER PERCUMA KEPADA ANAK-ANAK SYURGA DI KHEMAH TRANSIT KEBAKARAN KG HIDAYAT, BATU 4.

PROGRAM EDARAN BURGER PERCUMA KEPADA ANAK-ANAK SYURGA DI KHEMAH TRANSIT KEBAKARAN KG HIDAYAT, BATU 4.

PROGRAM EDARAN BURGER PERCUMA KEPADA ANAK-ANAK SYURGA DI KHEMAH TRANSIT KEBAKARAN KG HIDAYAT, BATU 4.

TAWAU – 28 April 2018 | Tiada yang lebih nikmat selain melihat anak-anak syurga ini tersenyum puas menikmati burger khas dari sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah. Melihat telatah anak-anak ini hilang rasa letih hampir 3 jam menyiapkan menu burger (daging+ koslo+ cis).

Ada sekitar 300 orang kanak-kanak yang merupakan mangsa kebakaran Kg Hidayat, Batu 4 Tawau sejak Julai 2017 masih tinggal di khemah yang berukuran 8 kaki X 10 kaki ini. Dsitulah mereka masak, tidur, belajar dan menetap satu keluarga berhimpit-himpit. Semoga penduduk langit mendengar jeritan penderitaan anak-anak ini dan keluarga mereka.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor
antara reaksi anak-anak di pedalaman sabah yang ada sesetengah mereka belum pernah dapat rasa burger.. tahniah pasukan Thirdforce Sabah diatas penganjuran program sebegini.. semoga ia dapat membuka lebih ramai mata-mat orang yang mahu bersama-sama dalam kerja-kerja kemanusiaan ini;.

Kami team sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah tidak pernah berjanji itu dan ini kepada fakir miskin. Namun in sya Allah kami akan sentiasa hadir memberikan sedikit senyuman untuk warga di perkhemahan teansit kebakaran ini. Semoga sahaja akan hadir pertolongan nyata bukan janji-janji yang sudah hampir setahun mereka nantikan.

Jom rakan-rakan di luar sana kita tingkatkan rasa peduli kita kepada masyarakat yang hidup dalam kekurangan di sekitar kita. Berikan bantuan kepada mereka. Semoga dengan bantuan yang sedikit namun secara konsisten menjadi bekal untuk negeri akhirat selain dapat mengurangkan beban mereka yang menderita.

Terima kasih kepada semua team sukarelawan dan keluarga besar PERKALAS @ The 3rd Force Sabah di seluruh Malaysia. Begitu juga setinggi penghargaan kami ucapkan kepada YM Dr Raja Shamri Bin Raja Husin yang tidak pernah putus menyokong perjuangan menyantuni fakir miskin di bumi Sabah. Semoga rasa sayang dan peduli kepada fakir miskin ini mendapat keberkhan di sisi Tuhan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *