home Third Force UPDATE BANTUAN KEBAKARAN KG KELAUTAN

UPDATE BANTUAN KEBAKARAN KG KELAUTAN

UPDATE BANTUAN KEBAKARAN KG KELAUTAN

Image may contain: plant and outdoor
keadaan rumah yang terbakar…

INANAM – 1 May 2018 | Hari ini hari cuti bagi kebanyakan orang sempena hari pekerja. Namun bukan untuk team sukarelawan PERKALAS@ The 3rd Force Sabah. Bertempat di Kg Kelautan, team sukarelawan daripada rakan-rakan pelajar master SPADA Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh tuan Herman Bahar dan team (Ustaz Yeop, Dony dan
Biri Lee) telah melapangkan waktu untuk menyantuni mangsa kebakaran yang hampir sebulan lalu telah kehilangan tempat tinggal. Sedikit barangan dapur dan wang semampu sukarelawan telah dikongsikan.

Saat ini mereka masih tinggal di khemah. Para mangsa ini sangat berharap untuk membangunkan rumah semula namun menghadapi masalah kewangan untuk membeli bahan asas seperti kayu, papan lapis dan zink bagi mendirikan rumah. Dianggarkan satu rumah/ pondok kosnya ialah RM3000-4000.

Semoga dengan paparan ini warga Inanam Kota Kinabalu boleh terus ke lokasi untuk memberikan bantuan termampu kita. Bagaimana keadaan mereka menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal nanti ??? bagaimana perasaan anak-anak yang bersekolah ??? Bagaimana jika siang hari mereka di khemah ??? pasti panas dan tidak selesa.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *