home Third Force BANTUAN KILAT UNTUK PUAN MASTURA BT EDRIS

BANTUAN KILAT UNTUK PUAN MASTURA BT EDRIS

BANTUAN KILAT UNTUK PUAN MASTURA BT EDRIS

TAWAU – 5 May 2018 | Berdasarkan maklumat yang telah diberikan ke HQ PERKALAS@ The 3rd Force Sabah tentang seorang ibu tunggal yang hidup sebatang kara di tengah kebun kelapa sawit, team sukarelawan telah berusaha menjejaki lokasi Puan Mastura.

Alhamdulillah setelah bertanya dari satu lorong ke lorong yang lain dengan bantuan orang kampung akhirnya dihujung kampung Lorong 2, Batu 17, Block 31, Balung team sukarelawan dapat bertemu dengan Puan Mastura.

Image may contain: 2 people
“kayu kering sebagai bahan asas untuk memasak makanan dan menadah air hujan untuk keperluan hariannya pasti kita dapat merasakan keperitan hidup wanita berusia 49 tahun ini setiap hari.”.

Hati begitu terkejut melihat pondok buruk diperbuat dari papan lapis, dinding kanvas dan zink yang menjadi tempat berteduh seorang manusia bergelar warganegara Malaysia. Lokasi pondok Puan Mastura dengan jiran terdekat kira-kira 3 kilometer. Sangat terpencil di dalam perkebunan kelapa sawit di sekitarnya.

Menjadikan kayu kering sebagai bahan asas untuk memasak makanan dan menadah air hujan untuk keperluan hariannya pasti kita dapat merasakan keperitan hidup wanita berusia 49 tahun ini setiap hari.

Apabila ditanya tentang keperitan hidupnya, Puan Mastura hanya tersenyum sambil mengatakan ” saya redha hidup saya begini dan saya tak suka menyusahkan orang lain”.

Jom lah sahabat-sahabat di luar sana kita bantu Puan Mastura. Ada ramai senasib seperti Puan Mastura jika kita mahu turun padang mencari. Jom kita sebarkan gelombang kebaikan ini tanpa menyalahkan atau menunding jari ke mana-mana pihak. Apa yang terpenting kita kena bersama membantu mengikut kemampuan masing-masing.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.