home Volunteerism THIRDFORCE KE LIANG LAHAD : KITALAH YB

THIRDFORCE KE LIANG LAHAD : KITALAH YB

THIRDFORCE KE LIANG LAHAD : KITALAH YB

Bangun pagi tadi mak bagi tahu Pakcik Husein dah meninggal. Cik Som isteri Pakcik Husein tak ada anak lelaki untuk bantu urusan pengkebumian. Abangraja terus berbincang dengan adik-adik sukarelawan untuk bantu urusan pengkebumian. Seawal pagi kerja gali kubur telah digerakkan.

Selesai di mandikan, jenazah pakcik Husein di bawa ke masjid dengan van jenazah Thirdforce yang kalian sumbangkan sikit sorang dulu untuk kerja kemanusiaan kita. Tak ramai yang hadir pada awalnya kerana pada waktu itu masa orang bekerja. Alhamdulillah sukarelawan Thirdforce dapatlah meramaikan jemaah.

Image may contain: 7 people, outdoor
pengasas The Thirdforce, Raja Shamri Raja Husin atau Abangraja turun sendiri untuk bersama-sama dengan sukarelawan lain untuk menguruskan pengebumian di tanah perkuburan Islam, Wakaf Bunut.

Di tanah perkuburan abangraja sendiri yang turun ke liang lahad menyambut jenazah dibantu oleh adik-adik sukarelawan. Talkin di bacakan oleh Imam Hazman yang juga salah seorang keluarga Thirdforce.

Selesai lah khidmat hari ni.
Masing-masing kepenatan tapi rasa sangat puas dapat berkhidmat.

Bisik-bisik bersama rakan sukarelawan … Takdepun calon yb mana-mana parti atau wakil datang ziarah ya?

Hemmmm … Takpelah …
Kitalah semua ni YB …
Yang berkhidmat untuk rakyat.

InsyaAllahhh … Terima kasih adik-adik sukarelawan yang banyak membantu hari ni …

Jommmm jadi orang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.