home Construction BANTUAN BAIKIPULIH DINDING RUMAH ABANG AZMI KAMPUNG WAI PERLIS

BANTUAN BAIKIPULIH DINDING RUMAH ABANG AZMI KAMPUNG WAI PERLIS

BANTUAN BAIKIPULIH DINDING RUMAH ABANG AZMI KAMPUNG WAI PERLIS

Masih ingat depa misi kita untuk membaikpulih dinding rumah Abg Azmi di Kuala Perlis ini? Alhamdulillah..telah selesai misi membaikpulih dinding rumah Abg. Azmi hari ini untuk fasa pertama. Iaitu membaikpulih dinding utama rumah Abg Azmi. InsyaAllah, kita akan lancarkan bantuan fasa kedua iaitu menambah bilik tidur agar dapat menyediakan ruang yang lebih selesa buat bg Azmi sekeluarga agar dapat diasingkan tempat tidur mereka. Fasa yang ke-tiga pula membaikpulih lantai rumah Abg Azmi sepenuhnya. Semoga perancangan ini dapat berjalan lancar.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
seramai 20 orang pelajar dari Kursus Teknologi Elektrik dan Binaan Bangunan Kolej Vokasional Kangar serta guru-guru bengkel terlibat dalam misi bantuan ini

Manakala, untuk misi bantuan baikpulih dinding hari ini, seramai 20 orang pelajar dari Kursus Teknologi Elektrik dan Binaan Bangunan Kolej Vokasional Kangar serta guru-guru bengkel terlibat dalam misi bantuan ini. Kerja-kerja pembaikan ini telah bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang dan semuanya berjalan dengan lancar. Keluarga Abang Azmi juga menerima sumbangan kabinet dapur dari salah seorang guru dari KV Kangar. Jelas terpancar kegembiraan Kak Siti, iaitu isteri kepada Abg Azmi dan berharap demgan sumbangan ini memberikan sedikit keselesaan buat mereka memandangkan Ramadhan yang hampir tiba ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Bengkel Elektronik yang memasak dan menaja makan tengah hari buat semua sukarelawan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan KV Kangar atas sokongan dan kerjasama bersama THIRDFORCE Perlis ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada orang ramai yang sudi menyumbang dan merealisasikan misi bantuan ini. Semoga lebih ramai yang tampil untuk bersama menyertai gelombang thirdforce dalam misi JOMM JADI ORANG BAIK-BAIK ini.

Khairul
010-8148545
TF Perlis
15/5/2018

We are the thirdforce
Together We Are Stronger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *