home Latest News BANTUAN KILAT UNTUK MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG PANGKALAN ASLI MEROTAI

BANTUAN KILAT UNTUK MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG PANGKALAN ASLI MEROTAI

BANTUAN KILAT UNTUK MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG PANGKALAN ASLI MEROTAI : MENGEJAR SAHAM AKHIRAT DI AWAL RAMADAN

TAWAU – 17 May 2018 | Alhamdulillah team sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah baru saja selesai menghantar bantuan kilat untuk mangsa kebakaran awal pagi tadi.

Bantuan kali ini ialah barangan makanan dan pakaian untuk kegunaan semantara mangsa. Keperluan yang sangat mendesak saat ini ialah pakaian dewasa, pakaian solat dan pakaian kanak-kanak.

Image may contain: tree, sky, cloud and outdoor
17 May 2018, Jam 12.20 pagi menerima perkhabaran bahawa saat ini Kampung pangkalan asli merotai ada kebakaran yang melibatkan 8 buah rumah

Jom sahabat-sahabat PERKALAS@The 3rd Force Sabah mari kita bersama membantu mangsa kebakaran ini. Kesian para mangsa di saat bermula ibadah puasa di bulan ramadhan mereka telah diuji dengan bencana kebakaran yang meyebabkan rumah dan harta benda mereka hangus sekelip mata. Semoga dengan bantuan kita semua beban penderitaan mangsa saat ini boleh sedikit berkurangan.

Terima kasih kepada team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah yang bertungkus lumus menyediakan pag bantuan ini. Walau bulan ramdhan berpuasa bukan alasan team sukarelawan berehat panjang.

Setinggi penghargaan juga kami ucapkan kepada keluarga besar PERKALAS@The 3rd Force Sabah di seluruh Malaysia yang sentiasa membantu dan menyokong program kemanusiaan kami di bumi Sabah.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *