BILIK PUAN NORIAH
PASIR MAS, 8hb Mei 2018. Third Force Pasir Mas baru-baru ini telah berusaha membantu keluarga Puan Noriah untuk membina sebuah bilik dan tandas untuk kegunaan Puan Noriah dan anak perempuannya yang sudah meningkat dewasa. Puan Noriah yang kematian suami tinggal hidup serba sederhana dalam sebuah rumah tanpa bilik membesarkan anak-anaknya dengan mengusahakan penanaman cendawan kecil-kecilan.

Thirdforce juga berusaha mendapatkan serbuk gergaji bagi membantu perusahaaan Pn Noriah.
Disebabkan anak-anaknya yang makin membesar dan demi keselesaan dan keselamatan anak-anak gadis beliau kita merasakan perlunya rumah kecil beliau itu ada bilik dan tandas yang sempurna.
Bilik itu sekarang telah siap dan cuma tertunggak bayaran upah tukang saja lagi …
Pihak Third Force Pasir Mas dengan ini membuka saham akhirat untuk sesiapa sahaja bagi membantu kita selesaikan upah tukang RM2700
Kami terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang sudi menyumbang.
Laporan
Kak Lah
Third Force Pasir Mas
018-2718969