home Newsletters, Third Force EDARAN PEK RAMADHAN KEPADA ASNAF : MENCARI REDHA DALAM PERJUANGAN UNTUK RAKYAT SABAH

EDARAN PEK RAMADHAN KEPADA ASNAF : MENCARI REDHA DALAM PERJUANGAN UNTUK RAKYAT SABAH

EDARAN PEK RAMADHAN KEPADA ASNAF : MENCARI REDHA DALAM PERJUANGAN UNTUK RAKYAT SABAH

TAWAU – 17 May 2018 | Malam pertama ramadhan setelah solat sunat terawih sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah bergegas bergerak menyampaikan amanah Pek Ramadhan ke rumah-rumah asnaf. Golongan asnaf ini merupakan penerima bantuan barangan dapur bulanan daripada team PERKALAS@The 3rd Force Sabah.

Penerima Pek Ramadhan pada malam ini merangkumi ibu tunggal 12 orang anak yang masih bersekolah, Seorang ayah menghidap strok dan tidak mampu menyara 6 orang anaknya yang masih bersekolah, Pasangan warga emas buta yang hidup dalam kemiskinan, warga emas yang hidup sebatang kara, beberapa orang warga emas miskin yang masih bekerja untuk menghidupi diri mereka.

Image may contain: 1 person, sitting
“Malam pertama ramadhan setelah solat sunat terawih sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah bergegas bergerak menyampaikan amanah Pek Ramadhan ke rumah-rumah asnaf”.

Jom kita rebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dengan bersedekah kepada fakir miskin di bulan mulia ini. Ada ramai golongan asnaf di luar sana menunggu rasa peduli kita tanpa mereka meminta-minta. Kita yang kena sentiasa muhasabah diri tentang keperluan berbahagi sebahagian rezeki yang kita dipinjamkan Allah kepada golongan yang memerlukan.

Kami di PERKALAS@The 3rd Force Sabah membuka ruang untuk orang ramai bersama menyantuni fakir miskin di bulan ramadhan ini dengan bersama menjayakan program PEK RAMADHAN dan PEK SYAWAL.

PERKALAS@The 3rd Force Sabah mengucapkan setinggi penghargaan kepada hamba-hamba Allah yang sentiasa membantu dan menyokong gerak kerja kebajikan kami di bumi Sabah. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *