home Third Force PEK RAMADAN KEPADA PELAJAR MISKIN

PEK RAMADAN KEPADA PELAJAR MISKIN

Pada hari Khamis, 17 Mei 2018 AJK Kebajikan KV Kolej Vokasional Seri Manjung telah menyampaikan Pek Ramadan Thirdforce Perak kepada 3 pelajar dari keluarga yg miskin di Batu 10, 11 dan 14 Lekir.

Inilah Program Ramadan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan KVSM bersama Thirdforce Perak untuk tahun ini.
Kami rancang utk mengagihkan Pek Ramadan yang disumbangkan oleh sukarelawan Thirdforce Perak kepada 10 keluarga pelajar yang memerlukan.

Selain daripada berpendapatan rendah, ahli keluarga pelajar-pelajar memenuhi kriteria yang kami tetapkan.

Salah seorang ayah pelajar ada penyakit gout yang kronik dan terpaksa berhenti bekerja. Dua abang pelajar itu yang kerja sebagai mekanik.
Ibu seorang lagi pelajar baru mula berniaga balik. Ayah tirinya kerja sebagai jaga manakala ayah kandung pelajar itu ada penyakit jantung dan tak larat bekerja.

Seorang lagi ayah pelajar kerja sebagai tukang rumah dan pendapatan tak menentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *