home Third Force AGIHAN PEK RAMADHAN KEPADA ASNAF

AGIHAN PEK RAMADHAN KEPADA ASNAF

AGIHAN PEK RAMADHAN KEPADA ASNAF

TAWAU – 18 MAY 2018 | Malam tadi sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah meneruskan misi menyantuni fakir miskin dengan program Pek Ramadhan.

Sukarelawan bertungkus lumus untuk menyampaikan amanah masyarakat agar fakir miskin dapat merasai nikmat ramadhan dengan bekalan barangan dapur yang cukup.

Image may contain: 3 people
Sukarelawan bertungkus lumus untuk menyampaikan amanah masyarakat agar fakir miskin dapat merasai nikmat ramadhan dengan bekalan barangan dapur yang cukup.

Terharu melihat semangat sahabat-sahabat sukarelawan menggalas amanah yang diberi dengan begitu bersungguh-sungguh. Semoga amal jariah mereka sentiasa di doakan oleh penduduk langit diberi kekuatan, kesihatan dan kemurahan rezeki.

In sya Allah team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah di daerah-daerah lain saat ini tengah sibuk membungkus keperluan pek ramadhan. In sya Allah esok dan hari seterusnya akan turut diedarkan kepada asnaf di bawah seliaan kami.

Terima kasih kepada semua sukarelawan dan seluruh keluarga besar PERKALAS@The 3rd Force Sabah di seluruh Malaysia atas sokongan dan bantuannya untuk terus menyebarkan gelombang jom jadi baik-baik di pelusuk negeri Sabah.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *